Nuff²

Tweet

Tuesday, January 10, 2012

Sport Rim"17 for Proton Persona

Termengah² aku mendaki tangga yang sebelum ni parah dengan citer orang jatuh tangga..aisehh...tu kisah kawasan kejiranan aku yang pernah tergOlek-terkangkang jatuh tangga akibat berlari² ketika memanjat tangga...@_@
Tapi bukan itu la topik yang nak di ceritakan...^^'
Berbalik pada tajuk N3, kali ni aku nak bentangkan citer tentang sport rim yang amat di gilakan oleh golongan orang muda..(tak macam aku yang dah tua bangka)..@_@'
Aku dah lama survey tentang sport rim ni...bila belek² dalam forum, ada banyak tips dan info tentang penjagaan tayar dan juga rim. Bile cite pasal spOrt rim, aku memang dah lama berkenan pada rim bersaiz 17 inci bak kata bebudak kete memang 17" sport rim agak sesuai untuk kereta Proton Persona..sebab reka bentuknya juga seperti kereta² sedan yang lain..^^'
Aku ada terpikir gak nak amik Sport Rim 15" plus kalau ada duit lebey sikit aku nak angkat sport spring + sport absober.. baru la nampak lowed sikit kan..lagi satu kalau pakai spring standard memang tak berapa menarik la dari segi performence...better tukar semuanya jadik sporty...that's y, aku ada terpikir benda² tu...^^
Lagi satu, tak di galakkan jugak kalau kita potong spring standard yang sedia ada tu sebab pe, nanti lambat laun tayar kita akan bergesel dengan mudguard bila bilangan penumpang makin bertambah. Sebab asalnya is spring standard, jadi kualiti tak berapa bagus la untuk Sport Rim..kalau Rim biasa tu, wallahualam la boleh tahan sampai bila kan..^^'
Jadi aku pon sepakat la nak ushar sport rim kat satu kedai ni agak ujung dunia la jugak kan...
Belek punya belek..memang banyak gila design² Sport Rim yang menjadi kegilaan orang ramai...semuanya Sport Rim baru..dia tak jual second hand, sebab dia tak berani nak tanggung apa² yang bakal berlaku...^^'
jOm kita santai sekejap kat kedai ni sambil cuci mata ushar pelbagai sport rim..^^

Ni la kedai amOi tu..^^'

Tu diaaa!!Banyak pilihan sport rim kat sini..semuanya segar²..^^

Mungkin black type with blue line menjadi pilihan aku..^^

So long and good bye..^^

Lompong rasanya bila rim lama di cabut...^^

Semua pon bakal di togelkan...Selamat tinggal Rim lama..^^

Upacara memasukkan angin ke dalam tiub tayar..^^

Haa..sebelum nak pasang kene la wat balancing dulu..^^'

Boleh memilih pelbagai jenis nat lock depends on color..^^

Tadaaa!!Nat lock pon dah pasang...aku pilih nat biru sebab line rim aku kaler biru..^^'

Semuanya cantik di pasang rapi ^^

Ni kalau tuko spring kasi lowerd pon ok gak kan...^^'

Dah²..jOm berambus!^^'

Masa untuk cuci kete..^^'

Monday, January 2, 2012

Ketam Masak Lemak D.I.Y

Musim cuti sekolah dah pon berakhir..tapi bukan la bermaksud cuti aku pon berakhir..maklum lah, sejak last week lagi dalam bulan ni aje ada cuti sampai sambung hari Isnin iaitu cuti gantian untuk perayaan. ^^
Dalam masa yang sama juga, aku berpeluang untuk menikmati 'cuti' yang sempurna walaupun selama ni cuti aku sering di ganggu oleh segala macam hal...sib bek la aku tak banyak hal pada cuti kali ni..^^
Berbalik pada entry ni, aku nak citer sikit tentang makanan yang menjadi pujaan aku sejak sekian lama. Bukan nak cakap jarang makan ketam, last time aku ade gak jejak sekitar pantai Jeram, Kuala Selangor. Banyak gak udang dan sotong aku oder termasuk lah ikan pari..Bile dah abis makan, baru perasan meja orang sebelah oder mak aaii...ketam besau²!!Buat aku terliur lagi..tapi nak wat camne kan, perut dah penuh dengan sotong dan udang serta ikan bakar, aku pon terpikir la nak wat sendiri ketam ni.
Cari punyak cari, alahaii...ciput je kot ketam² kat pasar ni..berbeza dengan ketam kat kedai Seafood jeram tu, memang besar² ketamnya. Nak tak nak, nak makan gak kan ketam..aku beli je la untuk makan sendiri²...Bila dah bawak balik rumah, aku sendiri tak pernah siang ketam!Ingat balik camno makan ketam kat umah family aku, baru la aku tau cara² nak siang ketam ni. Not bad la..at least, aku mencuba dan terus mencuba!^^
Masak ketam masak lemak is my faveret..tak kisah la..udang masak lemak ke, ayam masak lemak ke...ape yang lemak² cili api ni memang pujaan aku. Berbalik pada masakan yang bakal aku masak ni, aku tumis macam biasa la rencah² untuk buat masak lemak ni...^^'
Then bile dah jadik kuah lemak cili api, aku pon masukkanlah ketam bunga ni dalam periuk yang menggelegak dengan kuah lemak cili api...macam biasa, sabar menunggu..lama² dapat jugak aku menikmati masakan sendiri iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api sendiri bikin!Hah...ape lagi?Jemput la tengOk...Lalalalalalala..^^


Ketam Bunga memang faveret aku!^^

Ketam dia memang kecil²..maklum la, tak banyak choice pon..=(

Dah makan seafood ni mesti la ada sesuatu untuk melawannya iaitu ais lemonade!^^

Aku memang GILE KETAM!!^^

Ada jugak sayur²-an hijau membuatkan kepelbagaian pada hidangan

Ok...Nasik puteh dah sedia ada...ape lagi, MAKAN TIME!!^^'

Pssstttt...ape plan korang nak makan tengah hari hari ni?Seafood jugak ke??hehehehhe...^^'

Sunday, January 1, 2012

Toilet for cat

Entry kali ni nak cite sikit pasal jamban bebudak ni...kira toilet baru la katakan..toilet baru di tahun baru!Tak gitu?^^'
Antara yang baik ialah bila aku mengemas kini status toilet si budak² ni...ada gak toilet dorang sebelum ni dah pecah akibat keganasan yang dorang berikan. Tak caya?haaa...aku pon tak percaya...nak wat camne kan. Bila tengok balik, teliti bebetoi bekas toilet yang previous punya dah retak..bile retak, abis semua urine bocor bersama pasir² ni...nak di jadikkan cite, bau busuk semakin meriah di corong lubang idong!>,<"
Aku pon amik keputusan, untuk mengelakkan jangkitan penyakit or anything worse yang bakal berlaku, aku terpaksa la menukar semua peralatan yang lama di gantikan yang baru.^^
Aku ingat dorang ni suka ngan toilet² ni...tapi nak wat camne kan...terpaksa la ajar dorang ngan cat box yang ada pintu ni. Memula tu dorang tak berapa nak berkenan sangat la dengan cat box yang ada pintu ni. Biasa la, dorang bajet ni rumah anjing la kot kan..sebab si Cindy dan Sappy memang takut² nak masuk. Si Marble ngan Inky cerdik sikit, dorang memang pantang nampak benda baru, mesti nak explore. Si Kitty plak, macam tu je la..tengok anak² dah masuk dalam cat box tu, dia pon turut serta la turun padang.
Lama² tu, masing² pon pandai menggunakan cat box tu. Tapi yang bagusnya, cat box yang ada pintu ni memang sesuai untuk rumah² yang agak tertutup. Sebab tak ada bau langsung if dorang poo² di sebalik box ni. Bagi aku la, sangat sesuai untuk kucing² indor. Harga pon tak de la mahal sangat..kira bajet bawah RM100 lah yer.^^'
Itu lah pentingnya kebersihan dan kesihatan kucing. If cat box tak di urus dengan baik, bukan kucing je yang berpenyakit...esok lusa kita plak mendapat penyakit yang entah ape² kan..paling kisah pon rumah akan kurang bau² yang tak di ingini...elok juga kalau letak wangian odour dalam rumah..^^

Susunan toilet box mereka

Kita tentu sukakan toilet yang bersih, begitu juga dengan kucing² yang sukakan kebersihan

Happy New Year 2012

Haa..Pejam celik-pejam celik kita dah sampai di ambang 2012!Banyak memori yang kita tinggalkan di kala 2011...ape la gamaknye azam korang di tahun baru ni? ^^'
Aku pon punyai cita² yang setiap tahun mesti sama je wishing nya..tapi tak pe la, akan ku slow² dan cuba untuk merangkak² supaya dapat mengecapi cita² aku..
Laa..dah jam 4 pagi! Ape aku merepek ni??Patut la cite aku out of topic actually..^^'
Malam tahun baru kali ni aku bersama keluarga aku nun jauh di sana...cuba nak celeb bersama famili serta adik beradik aku ni...last² year, banyak tempat aku wat port sambut tahun baru seperti di Bukit Bintang, KLCC dan The Curve..Rasa agak berbeza juga la enviroment kat sini...aku rasa kalau aku sambut bersama famili, banyak di lebihkan dengan makan dan minum sedangkan aku menyambut bersama kengkawan, aku lebih banyak luangkan masa dengan bermain spray tin dan juga 'party'..^^'
That's y ada gak memori aku menyambut bersama keluarga aku walaupun tak de la wild macam mana kan..cuma kat sini, jarang sangat nak dengar dentuman bunga api, mungkin pada tahun ini agak kureng sikit...aku cuba bertanya pada adik aku, maybe dia pon cakap tak de sapa nak sponsor bunga api la kot..hahahaha...^^'
Paling tidak pon , banyak club² dan pub² kat sini yang meraikan sambutan tahun baru...ade gak terdengar dentuman mercun dan bunga api di sekitar premis tersebut...ape yang aku boleh cakap kat sini, agak berbeza dari tahun² yang lalu...
Any way, wishing all blogger Selamat Tahun Baru 2012...semoga tahun ini lebih suksess dari tahun² sebelumnya..^^

Kedatangan aku meramaikan lagi umat manusia di sini..^^

Dataran yang sepatutnya penuh...@_@'

Ruang yang sepatutnya berkumpul untuk melihat bunga api..

Jauh dari sudut kete aku, dalam 12.30 baru la ada bunga api..tu pon cipOt je, tak macam tahun lepas!

Hah, ape lagi...Nescafe time!~With my siSta & HuBby~^^'

Ape beza sambutan korang pada tahun ni dan tahun lepas?
Anyway, Happy New Year everybody ! Think this pretty much sums up 2011. Have a great night tonight, can't wait to see you guys in 2012!\^0^/