Nuff²

Tweet

Friday, November 15, 2013

Cerita tentang mereka...

Tak heran lah kalau dah berzaman aku tak hapdet kisah pasal anak² bulus di rumah tu...semenjak kematian sAppy  pada suatu ketika dulu...blog aku jadik suram..jadi tak de bahan lagi nak di ceritakan...sedangkan masih ada 4 ekor anak bulus yang sedang membesar di dalam rumah itu...
Berbalik kepada cerita dorang, mereka berempat hidup dalam keadaan harmoni...cuma aku dah stop untuk adopt anak² bulus memandangkan aku terlalu sibuk dan keadaan rumahku yang agak kurang besar, memang tak sesuai nak ada ramai anak bulus...lagi pun aku menyewa umah...masih belum mampu untuk membeli rumah...InsyaAllah, ada rezeki...ada lah sebijik dua rumah... ^_^
Pada malam² yang biasa aku lepakkan kan diri dalam bilik kerja aku (workstation), tak sunyi dengan kerenah anak² bulus...terutama si Cindy yang semakin membesar...
Apa pun malam ni malam yang sejuk dingin...sesuai la perangai dorang di dalam rumah ku yang selesa...Alhamdulillah...Cindy dah masuk 3 tahun sudah...cepat masa berlalu yer... ^_^


Gelagat mereka berdua... ^_^

Bitstrips #2

Setiap hari mesti melambak status yang berkaitan dengan Bitstrip...termasuk la status aku yang tak pernah tahu pasa citer yang tengah tip-top dalam Tonton.com.... 
Best ke jalan citernye? Sejak dari 1st tak pernah tengok plak slot di kaca TV...Al-maklum lah...TV kat umah tu di jadikan prop untuk kucing² bersantai...(bertapa busynye aku) O.o



Wednesday, November 13, 2013

Bitstrips rules...

Salam...
Sekarang dah jadi trend masa kini apabila setiap FB mesti ada muat turun Bitstrips... :D
Apa yang korang tahu tentang Bitstrip ni?
Setahu aku la..Bitstrips ni lebih kepada lukisan kartun/komik yang boleh di pilih oleh pengguna yang rata²nya seluruh dunia...dengan mempunyai akaun FB sendiri, Bitstrips menyediakan segala jenis watak yang boleh di pilih mengikut kesesuaian kita...Seperti YM, kita boleh memilih avatar kita sendiri untuk akaun kita...sama la konsep dengan Bitsrips ni...apa pon semuanya bergantung pada pilihan kita nak menyesuaikan watak avatar yang di pilih oleh kita sendiri... Aku sendiri pon dah mulai terjebak dengan dunia Bitstrip ni...bukan aku sorang je, kawan² aku semua dah leka dengan Bitstrips ni... O.o Apa pun, ini lah n3 yang mungkin dapat menghidupkan kembali page blog aku ni... ^_^ Antara Bitstrip yang memula aku letak dalam FB aku...pasal pe'el si Kitty la ni... Masih ingat lagi Pak Kitty?


Pak Kitty Once upon a time...

My Bitstrips~

Friday, September 27, 2013

Kiasan si Kacang

Salam~
Dah lama tak update blog yang udah bersawang dari sebelum berpuasa sehinggalah Aidilfitri...ni pon dah nak masuk raya haji dah ni! O.o
Berbalik kepada situasi dan keadaan yang sebenar, pemilik blog ni belum meninggal dunia lagi...tatkala masih ada banyak lagi entry² yang perlu di pertengahkan...termasuk lah tentang anak² bulus, tentang animation dan juga apa² entry yang boleh di jadikan info...
Sepanjang tak hapdet blog ni, aku dapat rasakan yang follower aku dah semakin menghilang, dan aku juga jarang nak blog walking sekarang ni...kesuntukan masa membuatkan aku tak berkesempatan nak update n3 dalam blog ni. Memang ada banyak cerita yang nak di ceritakan di sini, tapi apa kan daya...aku di beri pilihan untuk menulis untuk kali ke sejuta pon belum tentu dapat membuat entry yang sebenarnya...
Apa pun, ada banyak benda yang terupdate termasuklah dalam page Stray Cats Lover dan jugak page flickr~
Nampak gaya harus aku kiaskan di sini bahawa, akan ku update entry dari masa ke semasa...dan akan ku blogwalking ke tempat² korang...stay tune!

Aku yang tunggang-langgang

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Sahabat sehidup & semati

Jika korang pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History, korang pasti akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi nama Written in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Jangan terkejut kalau korang nampak rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Sape prof tu eh? Aku sendiri pon tak kenal...tapi takpe..jom aku kenalkan...^_^ 
 Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang)yang terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan Sasquatch. Time dia muda dulu, Prof Krantz terkenal dengan cara hidup beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alkohol sehinggalah pada suatu hari beliau membeli seekor anak anjing dari baka Irish Wolfhound. Menurut Prof Krantz, Clyde membantu beliau untuk pulih dari masalah ketagihan alokohol. Yang ni aku percaya..anjing kan dapat membantu kita mengurangkan stress dan juga apa jua masalah diri...lepas tu plak, si Clyde ni meninggal dunia sekitar tahun 1973 dan Prof Krantz menanam anjing kesayangan beliau di belakang rumah. Selepas beberapa tahun kendian, Prof Krantz menggali semula rangka Clyde untuk disimpan. Bertuah betoi...sayang sungguh dia dengan anjing dia kan... ;)
Pada tahun 2002 Prof Krantz didapati mengidap kenser pankreas. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia beliau menalefon teman beliau David Hunt yang bekerja di Smithsonian dengan tawaran yang sangat pelik. Prof Krantz berkata beliau mahu menyedekahkan tubuh beliau kepada Smithsonian untuk tujuan sains dengan syarat beliau akan dipamerkan bersama dengan Clyde. Prof Krantz mahu terus mengajar generasi akan datang walaupun selepas beliau meninggal dunia. Tawaran yang sangat pelik beliau ini mengejutkan Hunt dan juga isteri Prof Krantz tetapi mereka berdua bersetuju untuk melunaskan pesanan terakhir Prof Krantz apabila beliau meninggal dunia. Pada tanggal 14 Februari 2002 Prof Krantz akhirnya meninggal dunia pada usia 70 tahun. Tubuh beliau dihantar ke "Body Farm" milik University of Tennessee yang terkenal sebagai tempat lahirnya sains forensik pereputan mayat manusia moden. Selepas setahun dibiarkan mereput di Body Farm untuk tujuan sains, rangka Prof Krantz dihantar ke Smithsonian untuk disimpan. Pada tahun 2009 akhirnya rangka beliau dan Clyde dipamerkan sekali. Sebuah gambar yang diambil semasa mereka masih hidup dijadikan asas penggayaan mereka di dalam balang pameran. Written in Bone kini menjadi antara tarikan di Smithsonian Museum of Natural History. Ianya sebuah monumen persahabatan antara manusia dan anjing kesayangannya. ^_^