Rumusan aku untuk kes macam ni...tak payah la nak hebah² kat facebook ke..dalam blog ke..haaa..Kan dah KANTOI!hHahHahahhHAHha~
"Pandai Makan-Pandai Simpan lah..."
Tu yang aku pelik...facebook ke..tagged ke..myspace ke..semua tu aku rasa..tak perlu la nak hebah²kan sangat dengan korang nyer aktiviti...dah tentu orang semua boleh baca then buat report..nama pon pesta setan...kalau dah nak kantOi..kantoi jugak ler..^^'
Lebih baik korang hebah² kan menda yang elok² macam aktiviti berasaskan kesihatan..keagamaan...tak gitew?aku pon bukan la ariff sangat...tapi sebagai manusia yang mudah lupa ni, aku rasa lebih baik gunakan akal sebelum nak meneruskan sesuatu yang belum tentu ada faedahnye..ok!^^
ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.
Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.
Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.
Sumber dari Harian Metro
4 comments:
tu laaa diorang nih.. tak agak2 langsung..
"Hish, tak senonoh tol diorang ni kan...," kata Syrena
@KiD : Kantoi la tu kan...ekekeke..^^'
@Asrul "iLham" Sany : hahahaha...^^'
Post a Comment