Nuff²

Tweet

Sunday, May 6, 2012

BBQ River Side, Janda Baik

Amik langkah tarik nafas..@oo@'
Pergghh! Dah lama gile aku tak update blog..ada dah macam bersawang sudah aku tengok entry² yang tak pernah hidup dan juga agak 'basi'.
Agak² ape la pendapat blogger lain kan..entah aku ni masih hidup atau dah mati? Entah² dorang pon tak amik pedulik kan..heheheh..Kerja kat production terlampau banyak hingga kan deadline tu kekadang melampaui batas. Sampai kan aku sendiri tak de masa untuk diri sendiri apatah lagi dengan meng-update blog ni..O.o'
Alhamdulillah, semuanya selesai sudah..Project Animasi 2D Eori pon dah selamat habis, tunggu masa untuk keluar dalam ASTRO aje lepas ni.^^
Berbalik kepada tajuk entri kali ni nak kongsi sikit aktiviti² yang dah jarang aku buat, tambah² lepas ni agak kurang la busynya kan..memandangkan hari ni hari Minggu, maka sempat jugak lah aku nak create satu entry tentang BBQ party dekat River Side, Janda Baik Pahang.^^
Cuaca hari ni sangat baik untuk aku berjimba sambil menikmati udara hutan rimba. Cadangnya memanglah nak pacak khemah, tapi atas alasan teknikal yang tak dapat di elakkan, maka tak jadiklah kami nak memacak khemah pada pagi itu. Laluan jalan yang agak liku-liku membuatkan aku tak gentar nak driving pada hari itu. Lagipun, aku dah biasa ngan jalan² yang agak extreme dari segi curam. Tak heranlah kami selamat sampai dekat kawasan hutan lipur tu.^^
Agak dah sampai, kami pon kuarkan lah barang² yang nak di bakar seperti ayam, sotong, udang, ikan...yang kaum pompuan plak dah siap sedia dengan menu² dorang seperti mihun goreng, sandwich, air blackcurrant serta pelbagai finger food yang boleh di makan!^^
Memang agak seronok dapat berjimba bersama kawan², tambahan aku plak bukan selalu nak santai ngan dorang kan. Tapi tak pe la, lepas ni kalau dah settle abis³ job yang ada ni, aku ada banyak plan nak santai ngan  member² aku.

Cuaca pagi ni agak menarik sekali walaupun dah lewat..

Air Sungai yang agak cetek..

 Set the fire for BBQ!

 Pergghh!! Ikan yang bakal di bakar!!^^

Sungai yang penuh dengan batu²

 Haa..kat sini memang best! Spot yang menarik walaupun senget~

Ayam pon layak di bakar...lazart!^^

Ade yang sibuk mengipas!

Yeah! BBQ ready!!

Kemas² nak balik sudah~

Petang tu, dapatlah kami mandi sungai, makan BBQ, sidai perut lepas tu pulang ke pangkal jalan rumah..^^

4 comments:

meowwmania said...

mmg sonok sesekali dpt cuci mata dan berehat camnih kan..

Geng Borak said...

amboih broo.. seronok berkelah nampak.. hehhehee

grOundnUt said...

@meowwmania : Sekali sekala je kan..bukan selalu..memang seronok!^^

grOundnUt said...

@KiD : Haa..mesti lah seronok! Entah bile masa lagi nak berkelah² macam ni..^^