Nuff²

Tweet

Monday, September 24, 2012

Annur & Meow dalam KOSMO

Wahhh!!
Pejam-celik, pejam celik Annur dan Meow dah mendapat sambutan hangat di pesada seni tanah air! Tak sangka dari satu kisah gadis bersama kucingnya yang comel tu menjadi perhatian dan telah pun mempunyai ramai peminat terutama di kalangan muda-mudi di Facebook...^^
Sapa sangka rezeki 'Emit' or Ahmad Nazri Mahmood mencurah² ketika mengkaryakan komik jawi yang tengah femes sekarang ni?^^'
Well, as u know...memang aku salute gile dengan hasil kejenya yang simple dan banyak memberi impak yang agak baik berbanding komik² yang lain...^^
Ini ada satu keratan dari KOSMO pada hari ini...kira femes sudah member aku sorang ni...apa pun tahniah mid!^^

Lebih 4,500 ikuti kisah Annur dan Meow


PROSES lakaran komik Annur dan Meow dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.
BERPENGALAMAN luas sebagai animator termasuk terlibat di dalam pembikinan siri animasi popular seperti Usop Sontorian, Yokies, Alif dan Fruities, Ahmad Nazri Mahmood berusaha keras merealisasikan impiannya itu. Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu. “Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya. “Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.



PENGALAMAN luas dalam bidang animasi mendorong Ahmad Nazri membuka produksi animasi sendiri di Subang Jaya.

Komen positif
Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.
“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.
“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.
“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu
Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.
AHMAD Nazri mahu menggunakan bakatnya untuk memartabatkan tulisan jawi di negara ini.


Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.
“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.
“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.
Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.
“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya. Kepada mereka yang ingin mengikuti kisah Annur dan Meow boleh melayari annurmeow.blogspot.com atau www.facebook.com/AnNurMeow.


Thursday, September 20, 2012

2D Flash Animation Header

Barangkali, korang pasti ternampak perubahan pada blog kacang yang dah bersawang mengalahkan setebal 10 inci...terpaksa la aku perah otak untuk menyusun kembali atau merombak kembali blog aku yang agak kritikal sebenarnya...O,o
Memandangkan BE seringkali wujud dan banyak plak keyword search yang dorang hitted, jadi terpaksalah sekali lagi aku meluangkan masa untuk merenovate blog kAcAng yang jarang berpenghuni ni...O,o
Cadangan aku sebenarnya nak tutup sekejap..means nak hold kejap memandangkan banyak sangat aktiviti yang aku buat sepanjang aku tak meng-update N3 ni...busy dengan freelance dan office work lagi membuatkan aku tak berkesempatan nak mengisi masa lapang aku untuk meng-update entry seperti dulu²...^^
Perah otak kejap, pikir apa yang perlu ada bagi nampak menarik (bagi aku la)..idea pon datang dan aku terpikir nak wat header yang di animate oleh aku sendiri!^^
Dah berapa tahun wat animasi, baru sekarang nak berjinak² wat header sendiri dan animate sendiri? Cuma kali ni entah camne leh terpikir nak wat header yang bergerak² macam selalu aku tengok kat orang lain nyer page..tapi aku rasa mungkin dorang ada application yang boleh buat ia bergerak...atau dorang juga menggunakan 2D Flash software?O,o
Cakap pasal Flash ni, memang majoriti aku buat 2D animasi menggunakan software Flash...dari 1st dulu kuar Macromedia Flash sampai la ADOBE amik alih software Flash ni...sekarang pon kat opis dah pakai CS6...aku tak sure plak bile nak kuar CS7 atau ianya dah kuar kot?(tak update pasa software ni)O,o
Kerja kalut nyer pasal, aku pon buat ala² simple dimple aje...takut karang wat ada Background yang rambu ramba akan membuatkan animation tu berat dan lambat bergerak..jadi aku pon wat plain backgroun dengan sikit awan dania yang ada kat dalam header tu bersama dengan helang-helang yang beterbangan...^^
Kalau keje² fade in fade out untuk tulisan ni...aku just alpha-kan aje...dari 0% hinggalah ke 100% full animation tulisan yang kuar tu...alaa..kasi simple² macam ni pon aku rasa dah ok dah...tak payah nak rambu-ramba sangat...nanti orang lain yang pC tak power or conection lembab, agak azab gak la nak tunggu header ni bergerak²..O,o
Bila dah siap rough, aku wat pelan² burung helang tu frame by frame..kene rujuk kitab Timing Animation dari Harold Whitaker dan John Halas..(bukan alas tivi yer kengkawan!)O,o
Then aku setup kat publish setting tu jadikkan ia format swf. movie file dan juga gif. file..penting untuk aku publish gif. file sebab kat dalam blogger ni, dorang boleh read object bergerak² dengan hanya gif. format sahaja...yang lain aku rasa tak boleh kot..even lain² format seperti swf. mp4 or other else...tak tahu la kalau korang boleh upload pakai lain format selain gif. file tu kira ajaib la..kasi tunjuk ajar sikit la brader!^^


Ini time line untuk header sebesar 159KB



 Tadaaa!! Bila dah publishkan gif. file, ia akan bergerak macam ni lah! Simple and easy way to make some of DIY 2D animation Header~hehehehehe


Degil si kucing jalanan

Hmm...bile tengok tajuk entry macam pelik la plak kan...itu lah dia si 'degil', kucing jalanan yang bertuah kerana di selamatkan oleh member aku sebaik saja nampak dia hampir di gilis tayar motor raya lalu..O,o
Memandangkan anak kucing yang di buang tak silap aku kat kedai runcit area kampung dia dalam keadaan lapar dan dahaga, lalu kawan aku ni pon bawak la balik ke rumah orang tua nya si cilik ni...nak di jadikan cite, dia rasa bersalah bila nak letak balik anak yang comel ni kat luar umah...timbul rasa ingin membawa balik ke kL untuk memberi sepenuh perhatian...bayangkan lah..aku rasa time tu ianya sekecik 2-3 minggu nye kitten!O,o
Once dah bawak balik, terpaksa la belikan si comel ni macam²...dari sangkar, bekas makan dan minum, toys, cat litter dan segala mak nenek yang boleh letak kasi hias dia punya cage..^^
Untung sungguh si kecik ni...bile bergurau² ngan dia, mesti dia nak gigit² setiap pergerakan kaki kita..citer nyer pon sama macam perangai si Cindy...tapi di sebabkan kene marah pun dia tak paham lagi, so dia di gelas si Degil...^^
Kelakar sungguh dengan nama si degil ni...walaupun berkali² panggil nama dia, pasti dia akan paham dengan panggilan manja dia tu...maka melekat la sampai sekarang, ia di gelar si Degil yang bertuah!^^

Ini lah si Degil ketika beberapa minggu berada di rumah kawan aku..^^
 
Bekas air terlalu besar membuatkan kepala dia terpaksa masuk jauh ke dalam mangkuk sementara  

Pantang di pegang, pasti nak mengigit..patot bagi nama si 'Gigit' je...^^'

Ini la penempatan beliau di kala hendak makan dan minum serta poo²..^^

Wednesday, September 19, 2012

Qaseh Ramadhani 1st Birthday

Haiizz...rata² ceruk dunia mesti ada jamuan makan hari raya...tak kurang juga jamuan hari jadi buat anak² kengkawan...kadang² aku (yang tak de anak ni & mempunyai anak bulus je kat rOmah) di jemput untuk menghadiri jamuan hari jadi anak dorang...termasuklah member lama aku sorang ni...bile aku dapat jemputan, takkan la aku tak pergi kan...lagi pun dah lama sgt tak jumpe dia...bila tengok tarikh tu, aku tak busy dan sempat la aku pergi ke majlis besar-besaran tu!^^
Dorang buat birthday party tu dekat dalam JKids Tropicana City Mall...dalam tu ada pelbagai jenis mainan kanak² termasuklah aku yang jakun nak main sama dengan dorang nyer toys...^^
Bile tengok susuk tubuh badan aku yang 'sasa' ni, agak tak sesuai la aku nak sebaris ngan dorang main buai laju² kan...jadik aku lah tukang amik gambar sementara member aku dah ada tempah orang amik gambar bersempena dengan hari jadi anaknya yang ke 1 tahun...pheewwiiitt! Qaseh baru setahun jagung ya! HAPPY 1st BIRTHDAY & Welcome to the world!!\^0^/
Majlis di raikan dengan keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai...walaupun aku ni tergolong dalam kumpulan 'kawan' yang tak de anak...maka adillah aku untuk menerima goodies bag dari penganjur majlis kan?(muke tak malu)^^'
Once bila dah belasah kek, satay, spagetti dan finger food...perot terpaksa la aku sidai kat playground dalam Jkids tu...wow..memang menarik suasana kat dalam ni..orang cakap kalau bawak anak² or 'fruit children' pon pasti dorang suka! ^^
Dalam pukul 6 lebey, aku pon menghabiskan sisa² asap rokok dah terus balik keromah dalam keadaan kekenyangan...tak gitu?^^'

 Preparation

 Majlis lebih meriah jika ramai anak² kecil
 Makcik² Qaseh

Antara juadah yang membuatkan kanak² terliuq~  

 Birthday girl yang agak kurang sihat

 Haaappy birthday Qaseh!

Juadah aku pada petang tu...^^

Seisi photoshoot untuk si cilik ni

Wahh...pandai pandang lensa aku yang murah ni...^^

 Muke letih...maklumlah, lepas seisi bergambar dengan semua orang..

 Jkid Tropicana City Mall ada kemudahan playground

Semuanya empuk dan lembut...boleh la baling² budak kat sini...^^

Antara goodies bag yang aku dapat hari tu

Annur & Meow blogspot

Pernah beberapa kali aku promote komik jawi dalam blog kacang ni...dan tak lupa plak dalam facebook SCL...kalau korang perasan la, Komik Jawi dah jadik femes sebab rata² orang sekarang semangat nak mengeja jawi!^^
Kadang² terpikir jugak, masih ingatkah lagi tulisan² jawi yang hampir pupus di telan zaman...kalau di tanya balik pada generasi baru ni, korang rasa mahir tak mereka membaca jawi lagi?^^'
Tepuk dada tanye la minda...kalau masih ada lagi yang tergagap², cepat² la mengasah balik lidah tu untuk memartabatkan bacaan jawi...Macam aku dulu tak pernah masuk sekolah ugama...banyak belajar dari org² tua generasi lama seperti maktok aku yang masih fasih membaca tulisan jawi...^^
Lagi pun pelukis komik jawi pun ialah sahabat aku sendiri iaitu Amid...itu nama gelaran aku panggil semenjak aku bekerja dengannya since 2007...dari situ banyak benda aku belajar dari dia..dia tu kira sifu aku gak la..nak ikutkan part drawing komik dan animation banyak aku belajar dari dia...tak kira la dari aku junior hinggalah ke senior...dan dia juga menyandang jawatan dalam admin Stray Cat Lover untuk memeriahkan lagi kisah Annur dan Meow tu...^^
Bila kami tengok rating Annur dan Meow naik, aku pernah menyuarakan untuk brader ni wat sat FB fan page dan juga blog Annur dan Meow untuk fan² mereka hit 'like' dekat fan page tu..Jadi, aku nak promote plak Annur dan Meow punya blog...kali ni dah lengkap dengan tutorial bagaii untuk tatapan para peminat komik jawi ni...
Apapu pun terimasss pada yang sudi membaca komik Jawi Annur dan Meow walaupun merangkak² membaca nya..^^
 

Wordless Wednesday #1

Wordless!^^

Tuesday, September 18, 2012

ACAB Street of Uptown guitar cover

Phewww~ Kembali dengan update cover video ntah ape² ntah dari aku ni haaa... Sebenarnya, cover lagu ni dah lama aku upload...setakat ni baru je beberapa kerat je mata yang mengjenguk...akibatnya, terpaksa la aku war²kan kat blog kAcAng ni untuk mendapatkan rate yang agak boleh tahan laa...^^'
Apapun, aku memang seronok nak buat guitar cover lagi, cuma masa tu tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian..demikianlah entry aku pada hari ini...^^
Selamat menonton!

Thursday, September 13, 2012

Inky di jumpai!

Al-Kisahnya, pada bulan puasa hari tu...banyak perkara berlaku sebenarnya.
Orang cakap, rezeki tu ada di mana²...^^
Tapi kan, suatu petang tu..tanpa di duga, kelibat Inky berada di persekitaran tempat letak kete bawah umah aku...entah macam mana time tu...mata tertumpu kat satu sudut gelap di celah² tayar kete...rupanya si Inky!O,o
Bila ingatkan balik...dia telah hilang aku rasa dalam bulan hujung bulan March hari tu...tapi dia dijumpai pada bulan July...bayangkanlah berapa bulan tu dia hidup dalam keadaan daif penuh dengan ketakutan?O,o
Alhamdulillah, semuanya ok...Inky di jumpai dalam keadaan kurus kering dan rasanya dia dihidrate yang terlampau...O,o
Masa memula aku nak peluk dia, dia takut sangat...sebab dia rasa mungkin tiada harapan nak berjumpa dengan tuannya semula..tapi aku cuba panggil nama dia..nasib baik dia nak datang ...mungkin orang cakap, semua ni kuasa Tuhan...O,o
Bila aku ingat kan balik, mungkin dia agak menderita dengan life kat luar dengan penuh ketakutan...nampakgayanya, jodoh aku dan Inky masih ada lagi...terpaksa la aku kuarantinkan dia sampai dia betul² rasi dengan anak² bulus yang lain...bila aku bawak dia naik atas, semua anak² bulus huru hara termasuk la si Cindy, Marble dan Pak Kitty yang kerap meradang...mungkin bau Inky ada sebahagian besar dengan bau² yang luar biasa?maklum lah...Inky dah berjalan ke merata tempat...O,o
Apa pun terpaksa lah aku kuarantinkan atas keselamatan kucing² lain kat umah tu...lagi pun..aku terpaksa asingkan dia bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang mungkin di bawa balik oleh nya...serta boleh berjangkit pada anak² bulus yang lain dalam rumah ni...O,o
Nanti aku akan updatekan kesihatan si Inky ni...walaupun kisah ni dah lama..baru sekarang lah aku nak update tentang dia dalam blog bersawang ni...stay tune!^^
 Keadaan Inky yang kurus kering serta kelaparan
 
 
Marble amik ruang untuk menghidu bau pelik dari Inky

 
Marble dah mula rasa tak selesa....O,o