Nuff²

Tweet

Saturday, November 21, 2015

RIP Pak Kitty 2007-2015

Lama sudah Kacang tak menulis dalam laman sesawang ni...bersawang jugak lah blog Kacang ni...nama pun lama sesawang, for sure penuh sawang...hehehehe
Kacang memang dah lama nak umumkan tentang pemergian Pak Kitty yang dah pergi meninggalkan kita semua pada 18-November-2015... tapi tak berkesempatan nak menulis dengan lebih panjang lebar...
Nak di jadikan cerita, sebelum raya haji lagi Pak Kitty dah sakit... penyakit buah pinggang dia datang lagi since tahun 2010 pernah terjadi, tapi kali ni agak serius...begitu juga dengan faktor umur dia yang dah hampir 9 tahun, agaknya imune dia tak kuat macam masa dia sakit tahun 2010... boleh di katakan dia gemok dari 6kilo boleh jatuh 4 kilo sepanjang dalam rawatan sehinggakan di saat² akhir nafas dia pun, berat badan makin susut...rasanya mungkin sekilo lah kot masa Kacang tanam dia...
Bila dapat tahu Pak Kitty sering sakit, pelbagai kaedah dan rawatan Kacang usahakan dari perubatan moden ke perubatan tradisional...biasa lah, kita kalau dah sayang kan anak bulus ni, sure nak cuba sedaya upaya...cuma mungkin kita hanya merancang, Tuhan yang maha menentukan....
Dalam pada masa tu juga lah, Marble, Cindy dan Inky banyak menjauhkan diri dari Pak Kitty...kucing kalau dah tahu yang kucing lain sakit...dorang cuba jauhkan diri...maybe dah tau masa tu dah nak sampai kot? Sehinggalah raya haji... dugaan demi dugaan kerana MaktOk di kampung pun uzur...jadi tak de pilihan...terpaksa lah plan nak bawak balik Pak Kitty ke kampung halaman.... Risau jugak on da way balik ke kampung halaman, takut ada efection apa² terjadi pada Pak Kitty kan...jadi Kacang jadi down sekejap... :(
Nasib baik ada insan mulia yang sudi jagakan Pak Kitty sementara Kacang balik ke kampung halaman selama beberapa hari... Jadi, Pak Kitty ni duduk lah dengan kawan Kacang...alhamdulillah, Pak Kitty semakin sihat...walau dia kurang nak jamah makanan, maybe dia tak familiar ngan tempat baru kan...after settle hal family di kampung halaman, Kacang pon balik ke kotaraya semula... Kacang pun mengambil Pak Kitty dari jagaan mereka...punya lah rindu tak terkira Pak Kitty ketika itu, walau badan dia susut, tapi beliau masih gagah lagi berdiri dan berjalan ke pangkuan Kacang...
Nak di jadikan cerita, selepas tu beliau aktif seperti biasa... makan dan minum ikut time, dan satu kali tu Pak Kitty macam tak berapa nak jamah sangat makanan...lagi² dia ada muntah cairan putih...
Masa ni Kacang carikkan dia ubat² untuk bagi dia ok balik...sebab ubat² doc memang ada spare di rumah... apapun semua ubat² yang Kacang berikan dia akan luak balik...maybe perot dah tak boleh terima bahan chemical masuk dalam perut dia kan...
Nak di jadikan cite,  Pak Kitty kian lemah...ibarat kucing yang dah lumpuh sebab terbaring je... Kacang tak tergamak nak lihat lagi keadaan dia yang semakin lama, semakin teruk...Kacang banyakkan berdoa pada Allah SWT supaya Pak Kitty kembali sihat seperti sediakala, almaklumlah...umur dia pun dah hampir 9 tahun... :(
Hari demi hari...suatu hari tu Kacang tengok pagi tu sebelum pergi kerja dia diam je... dan Kacang stop bagi ubat sebab dia selalu melawan dan luak balik...jadi Kacang hanya bagi air kosong, malah di luaknya jugak... :'(
After work hour, Kacang Dinner di sekitar kawasan rumah...ada lah satu pakcik tu...dia niaga air kelapa muda...teringat kat Pak Kitty di rumah...maybe bagi air kelapa, sakit dapatlah di kurangkan...itu pesan mama Kacang...biasa kalau anak bulus tak sihat, rawat lah dengan air kelapa muda... memang tanpa buang masa Kacang pun lepas dinner singgah gerai pakcik tu...
Sampaikan pakcik tu tanye, beli untuk minum seisi keluarga ke? Kacang cakap ni untuk kucing yang sakit di rumah... Pak cik tu cakap memang elok air kelapa muda bagi pada kucing yang sedang sakit...
Balik rumah Kacang pun prepare lah air kelapa muda tu... memang Pak Kitty masa tu terlentang lagi sambil menunduk macam dah letih sangat....Kacang pun shringe kan sikit demi sikit kat mulut dia...ternyata dia amat lemah sekali...Kacang dah start berkaca mata dah...Kacang cuba keluarkan dia dari sangkar dan lepas kan dia di luar balkoni supaya lagi mudah Kacang nak titiskan air kelapa di mulutnya... tetibe Pak Kitty macam kejanggg.... :'(
Dalam keadaan panik Kacang pun tenangkan dia...usapkan dia..tapi tengok telinga makin kuning, anak mata pun besar...ternyata maybe ini malam terakhir Kacang bersama Pak Kitty selama hampir 9 tahun bersama...takkan Kacang lupakan saat² manis bersama sepanjang 9 tahun mengenali Pak Kitty. Masa ni Pak Kitty dah nazak...nampak nafas dia tercungap² ibarat malaikat maut datang memanggil beliau...sedih sangat moment tu kalau di ingat kan balik...Kacang hanya berserah pada Allah supaya boleh terima seadanya dalam keadaan yang macam ni...hanya Allah aje yang tahu betapa sebaknya tengok pak Kitty kejang... :'(
Selepas tu Pak Kitty pon sayu² keluarkan suara dia yang dah lama dia simpan, maybe terasa sakit di saat malaikat maut mencabut nyawa beliau...Kacang hanya mampu tenangkan Pak Kitty saje...lama kelamaan anak mata membesar dan telinga semakin sejuk...
Akhirnya Pak Kitty pergi meninggalkan Kacang sekitar jam 10 malam pada 18/11/2015...
Dalam keadaan sedih, Kacang letakkan Pak Kitty di dalam cage sementara nak tunggu esok baru boleh kebumi kan kerana pada malam tu ada sedikit gerimis turun di waktu malam...Kacang pun terpaksa minta bantuan adik Kacang untuk menyediakan tempat Pak Kitty bakal di semadikan...
Pada keesokan hari nya, selepas pulang dari kerja...Kacang bawa Pak Kitty terus ke lokasi rumah adik Kacang... sebabkan faktor rumah adik Kacang ada tanah halaman yang luas...jadi Kacang amik keputusan untuk kembumikan Pak Kitty di hadapan rumah adik Kacang...akhirnya Pak Kitty di semadikan di situ...
Sedih, pilu, hiba, sebak semua ada dalam dada Kacang...tapi apa kan daya, Allah lebih sayangkan makhluknya...Kacang redha dengan pemergian Pak Kitty walau perit nak lepaskan Pak kitty...Allah bagi dugaan pada Kacang dan Dia hanya beri pinjam Pak Kitty pada Kacang selama hampir 9 tahun... Keluarga Kacang semua tahu kisah Pak Kitty pergi sampai ayah kacang tanyakan khabar Pak Kitty...sekarang semuanya tinggal kenangan... Walaupun ianya seekor kucing jalanan, ia memberi impak yang besar pada Kacang kerana Kacang menjaga penuh kasih sayang dan mungkin ini lah kucing yang paling lama Kacang pernah jaga... :'(
Moga Pak Kitty tenang di sana bersama Sappy dan Eori... RIP Pak Kitty 2007-2015... :'(

Ni masa dia umur sekitar beberapa bulan selepas di jumpai lewat 2007~


Kitty masa berumur 4 bulan...


Kitty 1st time dipertemukan dengan Marble... masa ni Marble di ambil dari sebuah kedai runcit sekitar Kotaraya metropolitan...


Pak Kitty bila dah berumur ni mudah bermesra dengan semua kucing² yang Kacang adopt... ^_^


Mudah mesra dengan keluarga bulus yang lain...padahal semuanya di adopt oleh Kacang suatu masa dahulu... 



Pandai amik hati semua yang berada di sekelilinnya...masa ni Pak Kitty di bawa dari KL ke Ipoh sempena open house hari raya tahun 2010 rasanya... :)



Mudah mesra ngan anak bulus yang kacang bawak balik...


Pernah beberapa kali kantOi sakit dalam hospital vet...tapi alhamdulillah, Pak Kitty kuat... ^_^

Suatu hari, Pak Kitty tak larat lagi untuk menahan keasakitan yang melanda dalam diri Pak Kitty, mungkin faktor usia beliau menjangkau 9 tahun

Waktu ni Kacang dah nampak sesuatu perubahan pada dirinya apabila Pak Kitty nampak kurus dan kurang selera makan... :'(

Pak Kitty di sahkan sakit buah pinggang... :'(

Pak Kitty hanya minum dan makan ubat untuk meneruskan sisa² hidupnya yang semakin hari semakin lemah...

Akhirnya, Pak Kitty tewas dengan penyakit yang di hadapinya...Kacang redha dengan pemergian dia walaupun terasa kesedihan yang amat sangat... :'(

Waktu urusan pengkebumian Pak Kitty, kacang tak mampu nak kata apa²...cuma boleh cakap dalam hati, berehatlah Pak Kitty di sisi yang maha Esa...Insyaallah kita jumpa di sana... :'(

Pak Kitty 2007-2015

Sepanjang Kacang bersama Pak Kitty, pelbagai suka duka yang kami harungi bersama walaupun Pak Kitty hanyalah seekor kucing... kami berpindah randah, susah sama susah...Kacang tak makan pun takpe janji perut Pak Kitty di beri makan... Apapun, Kacang redha dengan kehilangan ini...moga Pak Kitty tenang di sisi Allah SWT...  Good bye my son...:'(

Wednesday, July 15, 2015

Gambar Planet Pluto

Salam Ramadhan yang penuh barakah... Lama sungguh aku tak berblogging ni..kadang tengok blogger² lain sibuk hapdet entry, yang aku ni masih lagi tenggelam bagai roti yang kene rendam...
Lagi² bulan puasa ni... sebenarnya entry yang aku tulis ni dah nak dekat raya actually...lusa je dah raya, guane tu...Dalam pada masa yang sama jugak, kita yang beragama Islam dapat merasa nikmat puasa dan juga keindahan alam angkasa ciptaan Allah yang Esa...
Rata² dalam media sosial kita penuh dengan newsfeed gambar Planet Pluto! Bayang kan lah, masa aku sekolah dulu...aku sendiri memikirkan jauh mana planet pluto dengan bumi Allah ni...dan aku terbayangkan, planet pluto ni kaler biru sebab di selaputi ais... almaklumlah, suhu kat sana sekitar -233 celcius... Gile ke hape...aku tak sure makhluk Allah mana yang hidup dalam suhu sebegitu, wallahu'alam...
Actually, pada jam 7.49pm waktu Malaysia tadi pada tanggal 14 julai 2015, Kapal Angkasa New Horizons telah melintasi Pluto pada kelajua 13.7km sesaat....kira sejauh 12,512km dari permukaannya yang mengambil masa selama 9.5 tahun untuk sampai ke Pluto....Bayangkan! Masa tu la kita kat Malaysia ni semuanya sibuk berbuka puasa dan juga ada yang stuck kat traffic serta ramai yang dah start solat maghrib kat Masjid... cerita kat luar 'sana' plak, iaitu di pusat kawalan New Horizons, dorang as jurutera² dan juga petugas² telah  menyambut dengan happy sekali di atas kejayaan yang paling penting dalam misi angkasa ini. Dalam kekalutan cuba memahami apa yang sedang berlaku di pusat kawalan sana, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan foto ‘terbaru’ Pluto, yang sungguh-sungguh mengkagumkan!
Imej yang sangat menakjubkan! Planet yang di anggap paling kerdil ditangkap dari New Horizons pada kira-kira pada 13 Julai, kira-kira 16 jam sebelum masa capture yang paling terdekat. Masa ni, Kapal angkasa tu adalah 766,000 kilometer dari permukaan! 

Aku rasa gambar macam ni penuh cantik pakai kumera atau lensa power jugak lah...mana tak nya...bila dia capture je gambar planet Pluto ni, loading dan sending amik masa selama 4.5jam untuk sampai ke Bumi....itu prosesnya...ko bayangkan macam mana ciptaan genius makhluk Allah kan...
Baru ku tauhu tahu, rupanya gambar yang aku letak ni di rakam 16 jam sebelum lintasan yang paling hampir sekali kat permukaan planet... MasyaAllah!
Mungkin aku bukan lah ahli falak yang pandai serba serbi tapi itu saje lah yang aku boleh ucapkan...cer bayangkan, sejak penemuan Pluto masa zaman era maktOk aku umur 5 tahun iaitu 1930, pehtuh sekarang dah tahun 2015 plak kan...baru ler kita dapat lihat detail kat permukaan Pluto tu...gile laaa...teknology ni... 
 Apa yang kita boleh jangkakan di sini ialah, gambar pertama ketika saat New Horizons melintasi Pluto petang tadi, bakal menunjukkan suasana jauh lebih jelas permukaan Pluto dan dapat memberi penjelasan mengenai rupabentuk buminya yang unik ini kan...
Seperkara lagi ialah, disebabkan peninjau ini amat jauh, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama (16 bulan) untuk memancarkan kembali KESEMUA data yang diperolehi tadi. Maknanya, bermula esok hinggalah hujung tahun 2016 nanti, bersedialah untuk melihat berkepuk-kepuk gambar terbaru sebuah dunia kecil yang terletak 4.7 BILION KM daripada bumi ini! Gile lah! hahahaha...

Tu lah sedikit sebanyak yang aku boleh ceritakan...nak taip lebih² takut salah info plak kan...banyak lagi info yang ada kat luar sana... rajin² lah blog walking yerr...hehehe


Thursday, March 5, 2015

Nasihat Yang Berguna

Salam Jumaat yang Bharakah...
Setiap pagi selepas aku masuk opis, aku punch kad, aku bukak PC, simpan barang² keperluan aku dalam laci seperti HP, wallet, jam tangan dan access kad... Lagi² kalau ada kopi 3 in 1 se-paket... aku bancuh dan² tu sebabnya aku memerlukan kopi sekurang²-nya sehari sekali... Bile dah buat semuanya baru la aku selesa nak buat keje² aku yang kadang tak pernah sudah...
Bila dah start tengok PC, dari situ gatainya nak selak² FB, google, email, dan yang terakhir...Blogging... Kenapa yang selak blog antara yang tercorot kebelakang?
Haa...tu lah sebabnya...nak bukak satu page blog bukan nye sekejap macam bukak peti ais...satu² kita nak kene pilih mana yang best baru boleh layan... sebab penulisan dalam blog kebanyakkannya dorang copy paste dari link² ntah mana²... asal blogwalking jer, sama je cite nye...mungkin blogger dah tak de idea ape nak menulis lah kot...
 Kadang nak nasihat orang macam ni pon dah terlambat...asal ada chances nak nasihat...di katakan menyibuk plak...dengki la...ape laa...bile dah marah, mulalah nak viralkan dalam laman² sosial... manusia memang tak pernah puas... sebab aku sendiri bukan sempurna, jadi nak nasihat orang pon aku rasa, aku sendiri tak betul...jadi lebih baik kita nasihatkan sekadar apa yang ada dalam diri kita secara ikhlas lah kan...tak perlu lah nak tunjuk hebat...masing² pun bukan sempurna... lain lah kalau diri kita ini cukup sempurna dan dapat menasihati orang lain seperti alim ulamak...ustaz dan ustazah pun belum tentu sempurna...
Jadi, eloklah kita rendah²kan diri dalam apa jenis jua keadaan...tak kiralah di hadapan orang tua kita, adik beradik kita dan juga kawan² kita...
 

Tertarik nak letak gambar ni...

Clash of Clans COC

Aizzz....
Bukan takat blog bersawang jer...aku dah beberapa kali ketinggalan dalam bermain game yang dok tengah femes sekarang apa lagi kalau bukan Clash of Clans... Aku bukan lah hebat sangat dalam game command and conquer ni... tapi, sebab tangan tu gatal nak install dalam gadjet kan...terus jadi ketagihan...dari level satu sampai sekarang dah nak level 60... semua nya gara² lepas balik dari Korea tempoh hari...OOopps...Korea punya cite untuk trip hari kedua pon aku tak siap lagi entrynya....almaklumlah, mende dah ada bahan²nya...cuma tak sempat nak edit saje pic² sepanjang aku kat sana...btw, korang perasan tak... korang sendiri pon jarang dok post blog kan? aku baru jer cek entry² korang...semua nya sama macam aku..dah basi punya...hahahaah...
Mungkin semua orang dah bosan dengan penulisan dalam blog...paling tidak pon dorang nak rating dalam entry, copypaste blog orang lain punya...kendian tulis crdt dari Harian Metro, BHarian...semua tu aku ada perasan dah...tapi selama ni aku nak copY paste pon aku pikir dua tiga kali sebab kalau kita berani copy penulisan orang lain...kita akan leka dan copy lagi hasil penulisan orang...kira kalau attitude selalu meniru, lama² akan become habit...
So aku secara am nya rela menulis atau biarkan blog aku bersawang sama jugak macam COC aku ni... sekali main...asyik nak main jer lagi, sebab leka dengan permainan ala² command and conquer tu...
Anyway, aku tengah war ni...rasanya clan aku tak lah sehebat clan kamu semua...
^_^


Monday, March 2, 2015

greetings from Kacang

Salam geng² blogger ku...
Dah lama blow aku bersawang sampai tak ingat password nak bukan...nasib baik la memori aku ni kuat lagi menyatakan password ni ada penambahan dari segi angka dan huruf.... aku ni kadang tak cermat...last time boleh tak leh login sebab gara² google send email cakap email dan akaun google tak secure lagi dengan alasan surf internet di merata tempat...takut ada orang nak hack ler tu...huhuhuh
Berbalik pada kisah blog bersawang ni...macam ni je lah life...hidup kene teruskan walau apa pun jadi...macam tu ngan blog bersawang ni geng...ada kala rating kita tinggi sebab selalu blogwalking...ada kala rating kita terjunam jatuh ke bawah....
Tapi itu lah hakikatnya bila berblogging...ada masa kita cukup time nak menulis...ada masa tulisan kita masuk folder draft plak...so what you say?
Life must go on...hidup perlu di teruskan...teruskan memandang ke depan...jangan asyik pandang belakang yang menyebabkan diri kita sendiri mundur dan tak maju ke depan...
Dah itu lah yang tengah aku lakukan~~

Don't look back...Just move on~ Life is like this...

Wednesday, December 24, 2014

Korea Journey 2 : Cheonggyecheon Stream

Assalamualaikum semua...
Baru la ada feel sikit nak menulis setelah sekian lama diam membisu seribu bahasa...hahahaha...ayat punya lah nak gempak... hahahaha, Berbalik pada cerita asal tajuk kita kali ni ialah, Korea Journey hari kedua di Seoul...sebelum ni aku ada cerita kisah hari pertama kami berdua mendarat di negara 4 musim tu dalam N3 
 Hari kedua kami bermalam di SongWontel Guesthouse yang berhampiran dengan stesen Jongno-Sam-Ga, lebih kurang dalam pukul 8 pagi matahari dah terpacak macam nak pukul 11 pagi waktu Malaysia...pagi tu kami buat sarapan sebab tempat yang kami duduk ni ada di sediakan dapur, sesuai untuk kaki² travel yang suka masak or else boley jimat wang saku! hehehhe 😅
Tempat masak yang di sediakan tak de lah boley masak heavy² cook...sekadar periuk pan tu untuk goreng telur ada la...kecik jer haaa periuk pan nyer... yang lain mereka provide minyak jagung, telur ayam, air macam yakult tu...tapi versi korea la...then sebuku roti... Sesuai untuk para traveller bertandang di sini...
Harga untuk sebilik dalam 43,000 Won semalam bersamaan dengan RM158.00 tunai...hehehe~ So, aku pun rancang nak duduk di sini selama 5 malam. Sebab aku plan nak ke Busan untuk hari ke 6 selama mana aku berada di Seoul...konon nya nak amik angin Busan lah pulak kan...jadi aku ada jugak booking dengan satu motel untuk aku pulang ke Seoul semula, aku plan macam gitu lah... Yang penting aku dah dapat guesthouse yang harga pun ok actually. Kalau duduk dua orang aku rasa berbaloi sebab bahagi dua kepala la...toilet pun kat dalam bilik. So no problem untuk nak salin baju or mandi-manda.
Hari kedua aku banyak berjalan jugak sepanjang aku berada di kawasan Jongno-Gu, Seoul ni... perkara pertama aku nak carik adalah kawasan tourism port untuk tourist lah macam aku ni...berada di tempat orang bukan nya pandai sangat bab² tempat menarik...kalau ada pun nak kene surf dari smartphone...nasib baik la aku bawak ipad...mudah dan senang lagi kalau ada pocket wifi. Tapi kat sini aku tak beli pocket wifi, sebab dekat Seoul ni, korang dah boleh wifi dengan Wifi SEOUL. Maybe dia coverage area Seoul aje kot, sebab speed internet kat sini macam keretapi KTX weii...
Ko boleh layan youtube, ko boleh layan movie dengan wifi Seoul ni...gile ke tak? Negara maju apa lah sangat dengan kemudahan Wifi free untuk rakyat...
Kita ni? Dalam kL nak kene carik mamak baru boleh dapat pakai WIFI free...tak pun ko kene lepak kedai dobi baru dapat coverage wifi yang ala² KTM yang selalu delay jadual tu...wakakaka!

Suasana di pagi Seoul Town


Ada lah kelibat anak muda sedang bermain baling² duit syiling



Kononnya dorang ada wish while dorang baling syiling tu ler... macam 'Wishing well'



Ini lah sungai Cheonggyecheon Stream yang berada ditengah² bandaraya Seoul... Ibarat macam kita kat KL ni laa...iaitu sungai Klang... Berbeza bukan?



Dalam pada masa jugak ada orang tengah berpolitik ditengah² kota, maybe ada ler dorang berpiket nak rebut kerajaan or nak jatuhkan kerajaan?



Sempat jugak aku candid auntie² ni tengah berpiket... sempat senyum lagi tu...hahahaha!


Haaa...ni ler punca dorang berkumpul, disebabkan sepatah haram aku tak paham, jadi aku pun beredar dari situ...


Kedengaran ada bunyi musikal diseberang jalan sana, singgah sebentar amik mood lagu² korea (padahal satu sen pun aku tak paham) ^^'


Perjalanan aku sampai jugak akhirnya, kami menuju ke Tourism Korea Organization kat sebelah sungai Cheonggyecheon Stream...tu pun aku punya la search wifi free sekitar Seoul ni...


Lepas je aku bertanyakan jalan² best kat sekitar Seoul ni, ada pulak signboard tulis Free International Call...pantang lepa, aku capai ganggang talipon, terus aku call umah family aku...kelakar sebab jakun nak call free kan...al maklumlah, masa ni pun video call pakai wechat jer...heehee..



Lepas settle carik info kat pejabat tourism, aku pun rasa macam perlu jugak nak cari location mana² yang best memandangkan hari pun nak hujan actually...petang tu cuaca sejuk dan dingin...orang kata macam langit nak runtuh lah citer nyer...
Sejuk sangat angin dok melintas sekitar tubuh badan aku, terpaksa lah aku berkelubung masuk ke subway, hujan pun dah renyai²...si dia dah ada payung... aku ni sarung jacket je laa...



Sampai kat subway terdekat tu, internet tak dapat line bawah tanah...terpaksa aku gune manually peta untuk menuju ke destinasi seterusnya...iaitu mengopi...orang kata, hujan² ni elok pekena secangkir kopi panas buat penyedap badan... masa ni gigih la aku meneliti peta yang ko tak akan boleh zoom in ngan zoom out macam google map! -_-



Keluar dari alam bawah tanah tu, hujan pun dah stop lah...nasib baik sekejap aje kan...sebab subway bawah tanah berbahang lah jugak... cuaca masa ni suhu dalam 15celcius dan berangin sepoi² bahasa...
Sesampai kami kat area Namdaemun Market , kami terhidu aroma coffee time sejuk² ni...ape lagi, aku pun masuk laa sebab "it's cold outside"...cewahh...speking london bridge lakkk...wakakaka...
Masuk² jer, aku order macam biasa la...tengok mana paling murah  paling best dan jugak sedap...semua tu kena tanya kat kaunter la, sebab nak tahu jugak rasa kopi sebenar korea ni...



Kita pekena satu shot espresso memey mata ko terbeliak la sampai esok pagi...wakakakak... Orang tu pulak teringin nak pekena patbingsu... kita layankan aje...tengok berapa jauh kita boleh pegi dengan original patbingsu dari south korea...heheheh



Yang flavour aku amik ni is chocolate patbingsu, nampak menarik masa chef dia hantar...punya lah kitorang tergelak sebab dia tak pandai berbahasa english, tapi yang bestnya...dia punya layanan super tiptop! ^^
Rasa dia enak macam letak dalam mulut terus cair sebab ianya ialah ice shave... harga sekitar 8,000 won tak salah aku time aku gi sana...kalau tak pasti amende ice shave tu silalah gugel, sebab nak bandingkan ia dengan ais kacang memang tak sama langsung...
Ice kacang kat belakang umah tok kita tu, kasar dan tak sama macam ice shave yang lembut...sekali ko pandang nampak macam kelapa yang diparut...tu yang aku cakap dia sangat² lah lembut dan cair dalam mulut... 


Ni dia tukang buat bingsu@patbingsu yang sedap sampai licin kami telan...walaupun cuaca sejuk, aku bedal je la...yang best nya, balik ke guesthouse tak de lah rasa² sakit tekak or demam selsema pun.. sangat ajaib! 


Kalau dari tingkap cafe ni memey boleh nampak Namsan Tower nun jauh disana...hang tunggu naa...kami akan sampai jugak kat atas bukit Namsan Tower tu! Tungggggguuuu~ ^_^
Next chapter, Korea Journey 3: Namsan Tower








Friday, December 19, 2014

Korea Journey 1 : Seoul

Well...
Salam sekalian... baru la terasa free nak menulis tentang perjalanan aku ke 'obersi'... selama ni dok tercari² masa yang sesuai untuk menulis... kali ni nak cerita destinasi negara 4 musim...kan aku dah janji nak citer selok-belok, layar kehidupan, dan pengalaman sepanjang 10 ari aku di negara 4 musim ni...mana lagi kalau bukan negara yang orang Malaysia dok 'gila' kan sangat... Korea Selatan!
Bukan nak citer yang aku ni kipas susah mati Kpop atau Kdrama fans... tapi sebab nak merasa duduk negara 4 musim...nape tak pilih Jepun? Aussie? or UK?
Haa...ni nak bagi tau la siap²...al kisahnye memey lah aku minat sangat ngan komik or siri² anime Jepang... tapi ada alasan tersendiri aku ke Korea Selatan... salah satu sebab, aku dapat tiket promo Air Asia perjalanan pergi balik jer sekitar RM600++.. dan aku rasa maybe ada yang pernah pergi dapat tiket promo yang lebih murah dari ini... and once again, aku ada member² korean yang sebelum ni pernah kerja kat opis aku ni haa... kalau pernah perasan la, aku pernah update kisah dorang keje kat tempat aku... sape lagi kalau geng² Korea ni...
Kali ni, kasi aku plak melencong melancong ke tempat dorang, memandangkan dorang dah beberapa kali 'raid' opis aku ni...hehehehe...semuanya pasal gilekan COC lah ni...adoi..~
Bermula dengan preparation untuk ke sana... segala mak nenek aku dah siapkan... jadi, untuk kelapangan aku pon banyak jugak beli belah bekalan yang nak di bawak untuk santapan kami di sana...segala  macam barang aku bawak...dari serunding hinggalah ke makanan dalam tin... Kenapa perlu bawak semua menda alah ni? sebab nya, di sana tak mungkin kita dapat cari makanan yang halal, seperti daging or ayam... kalau ada pon boleh jamah di restoran makanan halal kat area Itaewon dan sekitar bandar Seoul...harga jangan tanya lah..sebab aku sendiri cuba nak bajet ala backpackers ke sana... Tapi makanan kita dah cukup sedap nak di bandingkan makanan di sana... maksud aku, ofcoz ler aku nak makan daging² dan ayam² untuk bekalan tenaga aku sepanjang aku berjalan² di sana...aku dah survey berapa banyak tempat nak pegi dan berapa jauh serta berapa penatnye nak mendaki di kawasan yang berbukit-bukau itu...hehehehe...
Once flight kitorang masa tu sekitar 8.30am (waktu Malaysia)... Aku lepas balik keje je, terus siap packing barang²... double check balik apa yang tak ada takut ada yang tertinggal...paling penting ialah bekalan makanan, baju sejuk, dan sebagainya... paling aku jaga sekali ialah universal traveller plug... yang tu memang penting untuk aku sebab aku ada bawak barang untuk di charge seperti camera dan handphone...
Janji ngan member (supir) nak hantarkan ke KLIA2...aku mana la pernah jejak KLIA2 ni...kira 1st time sebab kan baru je LCCT tutup itu hari...jadi aku amik masa paling awal untuk sampai ke sana...jika flight sekitar 8am...aku dalam jam 2.30 dah berambus dari umah... kucing² aku, aku serahkan hak penjagaan mereka pada adik aku yang memang seorang pecinta kucing juga....
Berbalik pada yang asal, kawan aku jemput aku ke airport... awal pagi tu jugak kami gerak dari KL sekitar 3am menuju ke Maju Mex Hiway... korang paham lah...aku dalam keadaan mamai memang ngantuk sebab letih tak abis since lepas keje aku balik umah dan sediakan serta kemas umah apa yang patut untuk last minute kan... padahal aku dah prepare awal² dah... ehheheeh... aku tertido sehinggakan member aku dah kejut kan aku...kira dah sampai la KLIA2 tu...Memang aku cakap, terasa cepat plak dia bawak kali ni...sebabnye, jam masih menunjukkan hampir 4 pagi...
Sesampai kami di perkarangan letak kereta di KLIA2, kitorang pon menuju mencari tempat nak dropbag sebab aku dah check in siap² dah dari website Air Asia... Nak beratur panjang tu tak de la...tapi semuanya berjalan lancar...bile kami dah drop bag, kami lepak minum kopi, sarapan pagi lah katakan...cadangnya nak lepak Old town...tapi macam biasa la, awal pagi memang penuh umat manusia kat dalam cafe tu...nak tak nak minom kopi kat McD jer laa...
Lepas sarapan tu, kitorang berpisah la...member aku pon gerak sebab katanya nak keje pagi tu...sekitar 5.30 pagi aku dah gerak ke gate Q-14... nak kene cepat ke sana bukan apa, sebab jauh... awal² lagi staff air asia tu bagi tau kalau nak ke sana kene awal sikit...nak tak nak, aku berjalan selaju yang boleh bagi mengelakkan benda yang tak di ingini berlaku...
Sesampai sana...kitorang lepak, layan game...call mom and dad....sebab nanti dah naik kat atas tak leh nak call bagai dah... yang nyatanya aku tersangat lah penat...bayangkan lah kalau duduk atas langit tu selama 6 jam... wow! Berat nanang woii... aku ke Laos itu hari 2 jam setengah pon dah rasa tak selesa, menyampah pon hado... kome paham aje laa...Air Asia kan...tapi kali ni naik Air Asia X.... ok lah kot...

Sempat candid ngan pak Supir...hehehehe jgn marah bro~

Gate ni antara yang paling ujung sekali...jauh jugak aku menapak...

Waktu ni tak de sape lagi yang datang...aku rasa, aku lah orang yang terawal sekali kot...wakakaka

Permandangan ketika matahari terbit di ufuk timur...

Permandangan dari atas...rasa ni kat indo-china kot..kot laa..aku tatau ler kot dia lalu Philipines ke kan...hehehe

 Sarapan aku lewat sikit... sebab dah konyang pelahap mekdi... ^^'

Akhirnya sampai juga di sini... Incheon Airport

 Bile dah sampai sini, nak kene straight amik bas ke Jongno-sam ga, beli tiket sekitar rege 10,000won...rege kita mau RM30++ kot...

Perjalanan dari Incheon Airport ke Jongno-sam ga sekitar 1 jam... maka korang paham² lah harga tiket tu berbaloi tak ngan perjalanan 1 jam tu? hehehehe

 Sekitar Han River....laluan sini banyak menempuhi jambatan² ke seberang sana...maybe sebab bentuk mukabumi dia banyak pulau² kecil kot... 

 Bile bas turun kan kami kat sini, tetibe dah malam...padahal time ni baru jam 6.55 petang...

 Terkesima plak aku...nak tanya orang pon, dorang tak paham English...terpaksa jadik ayam dan itik lah...hahahaha~

 
Tanye semua orang, dorang cakap lintas jalan je dah ada hotel tu...berpandukan GPS dorang la...aku pon follow la apa dorang tunjuk bahasa isyarat tu...

 Jalan punye jalan, akhirnya sampai jugak di Song Wontel Guesthouse...


 Memang perOt memulas²...cadangnya nak kuar malam tu memandangkan awal lagi waktu aku sampai di guesthouse ni... saje nak cuci mata jejalan di town Seoul ni... Belum sempat letak bag, salin baju...aku grab another jacket untuk kaver up...maklum lah...di luar sana sejuk...walaupun jam menunjuk kan pukul 8.30 cenggitu, risau plak kot² ada kodai yang dah tutup kan....rehat sekejap cuci muka, teru aku kuar balik....settlekan barang² dan juga bayaran di hotel ni, lamsam aku campak kat muka dia dia accept kredit kad dan juga cash...
Maka keluar lah aku  malam tu tatau  nak kemana, mula kami bercadang nak pegi carik fingger food yang 'halal'...kene pilih jugak...mana tau ada yang campor aduk segala mak nenek kan dalam makanan....then carik yang 24 punya groceries untuk topupkan T-Money aku....
Selepas topup T-Money tu, kami letak dalam sekitar 30 000 won jer...maksudnye dalam kad tu ada la dekat RM90++ cenggitu.... untuk kegunaan subway baq hang!

 
Tak lupa juga susu pisang...tengok wak doyok minOm macam kenyang jer...bagi aku tak kenyang langsung...terpaksa la beli lebih sikit...harga sana dalam 1,300won... RM3-4 gak la kan..but memang sedap... :)



 Lepas kuar dari 7-E, aku pon menapak cuci mata area Jongno-gu ni...



Suasana sini sibuk, tapi pejalan kaki di beri keutamaan...kete akan 'freeze' time kita lalu kat zebra cross tu dan takkan melawan lalu lintas...maybe denda kat sana mahal kot...so semua takut kene saman la...hehehehe


Teringin nak masuk kedai ni...tapi esok² lah kot...kalau singgah la...macam mOrah² je...hehehe
 
 Jejalan amik bau kat lotteria...pekena shrimp burger pon sodap jugak! Tapi esok² lah yer...malam ni  nak coci mata jerr... ^^'

 Bile perut memulas, aku tengok jugak yang jual² street food ni... yang ni dia cakap menggunakan minyak jagung dan juga telur ayam dan roti... rege dalam 1000won = RM3.00++

Rasa macam roti telur la...but sedap sebab ada rasa lemak² minyak  jagung...rege pon kalau kita RM1 boleh dapat goreng pisang...kat sini RM3++ dapat roti telor cenggini jer...huhuhuhuh....

      Singgah sini kalau nak tengok movie korea, sepatah haram aku tak paham gak...just lalu² sini amik angin sejuk je laa...heheheh

 Parking basikal kat sini memang banyak, sebab salah satu pengangkutan dorang ke sana ke mari jugak... so healthy life style!

 Walau dalam pukul 10 macam tu, masih ada orang lalu lalang...walaupun lorong ni kecik, tapi ramai orang yang melepak merokok dan juga minum²...tak rasa kaget jugak sebab kalau lorong kecik² macam ni kat mesia, dah lama abis semua barang kene pow... chowkit sana tu bersepah mat pet kan! hehhehee



 Kebetulan ada plak rusuhan ntah ape dorang tak puas hati..tapi siap pasang speaker nyanyi² karok plak...ingat ada kenduri kematian ke...jamuan makan² free kan...rupanya ada la tu tak puas hati pasal majikan lah kot...semua tu pekerja kontraktor binaan tu...aizz..macam² lah korang ni... pfffttt~


Suasana sunyi sikit sebab banyak kedai dah tutup...sempat gak singgah kedai roti untuk jamah tgh malam  nanti...walau penat, makan kene la hadap jugak...


Salah satu roti yang kami beli  malam tu...rasa enak jugak..ada macam susu² dan custard... kami dah survey jugak bakeri ni...kata deme halal...aku yakin ia halal, tu pasal aku beli...kalau aku tak yakin, idok ler aku makan...heheheh...

 Haa...ni  lah T-Money yang aku topup tu... macam Touch and Go kita gak la...



Lepas beberapa jam kat town, kami balik dalam kepenatan dan seronok nak terokai tanah Seoul ni, kita simpan esok² je laaa... settle mandi, minom milo panas...pergghh! rasa berat kepala...letak atas bantal sure tido lenaa... suhu luar pon sekitar 10celcius... agak² nikmat tido tu macam mana??
Ok la...nanti aku sambung lagi kembara backpack sekitar Seoul for next n3... Good nite! ^^v