Nuff²

Tweet

Thursday, February 10, 2011

Loyal After Death

Pernah sekali aku dengar citer yang seorang driver teksi bersembang dengan sorang passenger dia tak silap aku dimana pakcik teksi cakap lebih kurang berbunyi begini...
"Kalau anjing kita bagi makan sekali dia akan setia sampai bila²...usahkan kawan kita sendiri...bile senang sikit lupa diri"
So, petikan ayat di atas seolah² manusia tak pernah nak peduli pada sesiapa yang pernah berjasa dan berbuat baik sesama manusia...Itu pasal la dunia pon jadik huru-hara...
Aku ni bukan cakap tentang sesapa..malah aku juga pernah mengalami situasi kawan-makan-kawan serta kawan- lupa -diri...^^'
Abaikan tentang kisah manusia...di sini aku ada sedikit citer tentang Anjing yang setia...
Bayangkanlah...Tuan dia adalah diantara 630 orang yang terkorban akibat banjir lumpur di Brazil...Masa pengkebumian macam biasa laa..dorang ada buat upacara seperti biasa..tapi selang beberapa hari lepas tu...ada plak seekor anjing yang duduk di tepi kubur mangsa iaitu Cristina Maria Cesario....

Dalam hati, "mana la tuan aku ni, siapa la nak bagi aku makan lagi lepas ni..."

Macam citer Hachiko la plak...

Senario sebegini seolah² menunjukkan bertapa setianya seekor anjing terhadap tuannya walaupun ianya sudah tiada di alam maya...aku agak tergamam seketika bile baca artikel tentang beliau dan anjingnya...
Punya la aku gatai jari jemari nak carik info hukum feqah tentang Anjing dan bangsa melayu yang beragama Islam seperti aku ni...Kebanyakkan nyer orang melayu kita ni sangat hina tentang anjing dan aku juga salah satu di antaranya suatu ketika dahulu...
Tapi mungkin ada jawapan dan penyelesaian untuk kita membela anjing without ragu² terhadap makhluk Allah tu...
Ape salahnya korang lapangkan minda dan dengan tenang Ustad Rasul Dahri membaca hadith² yang di riwayatkan suatu tika dahulu....
Moga² berubahlah fikiran kita terhadap makhluk Allah yang bergelar Anjing...Wallahu'alam..




Ini di antara part yang ke-2 dari 7 video Ustad Rasul Dahri yang membuka topic Hukum Anjing Mengikut Syarak...

Ni antara text yang terkandung dalam Video part 2

TIADA KALIMAH NAJISNYA ANJING DALAM HADITH SAHIH Tidak terdapat walaupun sebuah hadith sahih yang menyebut, menerangkan atau menetapkan bahawa anjing itu najis. Sama ada air liurnya, bulunya, sesuatu dari tubuhnya atau keseluruhan tubuh anjing tersebut. Malah anjing telah digunakan oleh beberapa orang sahabat untuk menjaga kambing, ladang, harta benda atau digunakan untuk memburu binatang yang halal dimakan. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang para sahabat yang memelihara atau menggunakan anjing untuk sesuatu tujuan. Keterangan ini dapat difahami melalui hadith-hadith baginda di bawah ini: "Telah berkata Ibnul Mughaffal : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan agar dibunuh anjing-anjing, kemudian beliau bersabda: Apa sebab mereka itu suka kepada anjing! Kemudian Rasulullah membolehkan memelihara anjing untuk memburu dan untuk menjaga kambing". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasai, Ibn Majah dan Ahmad.) Anjing selain digunakan untuk memburu dan menjaga keselamatan harta benda sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith sahih di atas, haiwan ini juga banyak kegunaanya kerana terbukti dapat digunakan untuk menyelamat, mengesan mangsa yang hilang di hutan dan dapat mengesan serta mengenal sesuatu benda dengan kekuatan hiduannya. Agama Islam tidak akan menajiskan sesuatu binatang jika ia tidak pemah dinajiskan oleh Allah dan RasulNya termasuklah anjing yang mana dewasa ini banyak membantu manusia malah di saat-saat tertentu anjing sangat diperlukan oleh manusia. ahli sunnah wal jamaah aswj bermanhaj salaf

Stray Cats Lover

Kat sini aku nak announce sikit pembaharuan tentang FacebOok page yang aku telah buat untuk pechenta kucing...memula cadangnye nak buat untuk kacang sendiri...macam 'Groundnutsikacangtanah' page...
Humm...aku tak rasa la ramai akan like kot..sebab majoriti banyak pechenta kucing dalam FB kan?so tak salah kalau aku create satu page untuk pechenta kucing...
Sebabnye, blog aku ni bukan lah 100% untuk topic tentang kucing...kerana aku juga ada mixkan sedikit sebanyak tentang life aku dan juga info tentang sesuatu agenda...
Oleh itu, aku cuba buat yang terbaik untuk blog ini dan juga untuk para Facebook'ians yang suka terhadap binatang kesukaan Nabi Muhammad S.A.W agar meng-like page Stray Cats Lover yang baru aku create kan semalam....
Kalau ada info atau nasihat tentang penjagaan kucing, boleh la kita bincangkan dalam group
Stray Cats Lover yang ada besebelahan dengan entry² aku ni...
Anyway...thanks for the blogger yang rajin datang melawat page aku ni...jangan lupa tinggalkan jejak sebab aku juga bakal menggegarkan kembali page korang kelak...^^

Layout aku masih dalam progress...nantikan yang baru...^^

Wednesday, February 9, 2011

Sad But Happy

Di kala orang tengah senyum² simpul terima bonus atau angpow dari boss untuk Chinese New Year, masih lagi ada orang yang bersimpati dengan kehidupan orang lain...aku bukan nak cakap aku ni simpati pada manusia yang punyai tulang 4 kerat je, tapi...lebih sedih lagi melihat si kecil comel yang tak mampu nak buat apa²...
Aku amik keputusan selepas aku pergi klinik veterinar, aku nak jaga si Sappy baik²...agak kesian melihat kerenah si Sappy ni sebab dia tetap aktif macam anak² kucing yang lain...jadi aku pon terpaksa la carikkan makanan yang elok untuk mengubati penyakit dia..aku dapat suggestion dari doc supaya memberi dia wet food buat sementara ni...itu pon sebab dia kecil lagi nak kunyah² makanan yang bentuk biskut...
Once bile aku dah beli, pakat ramai plak keluarga Kitty datang menuntuk hak pemakanan...ambOiihh...macam tak cukup je kan makanan yang aku beri selama ni?mungkin wet food yang aku beri ni agak memikat selera di kalangan Keluarga Kitty..
Bile aku tengok si Sappy ni makan...hmmm...memang agak menyelerakan...mungkin sebab dia kurang ada gigi kan...so makanan lembut adalah yang paling enak untuk kucing yang baru nak tumbuh gigi...
Kalau aku tengok balik dia nye luka, nampak macam bertambah nak baik..cuma makan masa sikit laa..telinga dia kerap garu...tu pasal la masih ada luka yang tak sembuh...

Cindy ler yang pertama nak menjamah makanan Sappy

Letak kan sikit Evo kat dalam bekas makanan Sappy (D.I.Y makers)

Bile tengok luka dia tu...rasa scary kan...huhuhuhuh..

Nikmat dia tak terhingga...makan sampai lebamm...^^'

Makan...jangan tak makan~

Tak peduli plak lensa camera aku tu...mungkin tengah menikmati hidangan yang lazat

Kalau nak ikutkan kandungan dalam Evo Diet Wet Food tu...ia mengandungi carrot yang membantu pemakanan sihat kepada kucing...aku harap Sappy cepat sembuh lah ye...^^'

Hutan Lipur Kuala Woh

Cuti² yang dulu membuatkan aku teringin nak upload sedikit sebanyak tentang Info dekat Kuala Woh ni...Before this aku ada letak Entry pasal Challet Kuala Woh...
Tapi hari ni nak cite plak sedikit sebanyak tentang Sungai Kuala Woh ni...ada tak sesapa pernah datang ke sini??boleh la share² sikit...
Sungai kat sini agak popular di kalangan orang² yang turun -naik cameron...maklum lah...after penat berjalan² kat Cameron...Dorang akan turun melalui laluan ke Tapah...tapi sebelum sampai Tapah, korang akan perasan papan tanda tulis Hutan Lipur Kuala Woh lagi beberapa kilometre...Then, korang pasti akan singgah untuk menikmati keindahan hutan hujan semulajadi dan juga ada hot spring kat kaki sungai tu....Air Panas entah memang ada kat situ sejak azali...ada port yang panas...dan ada port yang suam² kuku jer...bebudak syiok la mandi air² suam ni...tapi best kalau bawak family..memang happening...aku plak naik pening tengok gelagat ramai orang...sebab aku suke menikmati keindahan alam semula jadi dengan rasa peacefull dalam mind aku....eheheheh...(jiwa lara betOi)^^'

Cuaca agak molek pada petang ni


Suasana Damai di perkarangan jalan masuk ke Kuala Woh

Laluan ke arah Muzium Hutan Kuala Woh, tapi aku tak pergi pon...work on progress plak..

Tengok la ramai nye manusia....aku nak mandi pon tak tahu port mana yang tak ramai orang

Air Sungai dari permandangan atas Titi Gantung

Keindahan dan kejernihan air sungai buat ramai suka singgah nak bermandi manda kat sini

Tapi kalau area bawah jambatan ni tak best nak melompat² sebab banyak batu...

Time ni plak air tengah surut...bukan musim hujan..so banyak batu la...

Ada menyediakan kawasan perkelahan....Untuk yang suka berkhemah...

Bagi sesapa yang suke nak menikmati kenikmatan Alam semulajadi....air sungai yang mengalir dari Cameron Highland...memang rugi la korang kalau tak datang sini...Aku syorkan korang plan satu family or dengan kengkawan...baru happening...
Before this aku pernah ketengahkan entry tentang Kuala Woh dalam entry aku...so entry ni pon berkaitan dengan percutian bajet yang aku pernah cerita dulu...
Ape lagi..Plan la ngan sedara/sahabat korang!^^'

Tuesday, February 8, 2011

Sushi King

Kalau time nak lunch je..aku mesti nak update entry pasal makanan je..bagi korang terliur...tapi tak pe la kan..sekadar berkongsi tempat di mana aku makan sepanjang hidup aku...
Lagi pon Entry kali ni aku nak bicara sikit tentang sushi...Maklum lah..before chinese New Year, bebudak opis aku ada plan nak makan² after office hour dekat Sushi King...
Apesal eh pilih kedai sushi??Bukan ke ada ura² cakap Sushi tak halal??Yes, ada jenis sushi yang tak halal...seperti Unagi, dia ada letak 0.01% of Alkohol tak silap aku...tapi sib bek la aku tak gile Unagi...ekkeekke...that's y la tak de Logo Halal sebab dorang serve Bir...macam restoran yang serve Bir la..
So kisahnye,one of our colleague is our model checker for Korea Cartoon Siries..Miss Won ni...She's Korean, dimana bekerja kat studio aku...So memang kami nak bawak dia masuk Sushi sebab selama ni dia mana pernah masuk Sushi King!hahahaha...^^'
Malam tu dia nak berlepas balik Korea sebab bercuti selama 2 minggu...Ingat Raya Cina, cina aje cuti ke?So Miss Won ni pon seronok tak terhingga la bila dapat makan Sushi...before this dia makan kat mamak aje...dia complen cakap...It's too Oily...ahahahah...tu memang makanan kegemaran orang Malaysia...kata aku kat dia...ekekekeke....^^'
Lepas jam 6 petang, kitorang reramai la kuar opis...mood memang nak belasah Sushi je...malas nak stay back kan...tapi tak pe laa..sbb Miss Won nyer pasal...aku dan kengkawan pon lepak la Sushi sampai jam 7.30 malam memandangkan Flight dia nak berlepas dalam pukul 11.30 malam...
Aku pon memang suka makan Sushi...tambah² kalau Tuna Mayo Maki...aku suke ratah Edamame...sejenis Kacang ijau yang di rebus dengan air mix with garam...rasa sedap di kunyah sambil makan² bersama kawan²....Banyak lagi jenis sushi yang aku suke makan...Macam Kani Tama Maki,Salmon Mayo Maki,Tuna Mayo,Ebi Fry dan Ebi Ten...slurrrpp....^^'
Kalau untuk Set plak, aku lebih gemarkan Set Sakana Black Pepper dan Tempura Gozen...yang lain aku kureng sikit la..macam Ramen ke..aku tak minat nak makan Noodles...ehhehehe...

Miss Won dan bebudak opis...

Sempat Posing

Masing² tengah menghabiskan Sushi...

Tu diaaa...Wasabi dah datangg...^^'

Ada yang masih menunggu Sushi...
Kalau orang yang oder set, dorang akan dapat la satu Cup ChawanMushi dan Miso Shiru yang lebih dikenali sebagai Miso Soup...Tak lupa plak korang leh refill Ocha korang sama ada Sejuk atau panas...jOm makan Sushi!!^^v