Nuff²

Tweet

Monday, October 10, 2011

Kucing jalanan yang bertuah!

Semenjak kes² yang berkaitan tentang kucing di war² dalam media massa..banyak feedback yang baik aku nampak dari segi kecintaan manusia terhadap haiwan² seperti kucing² dan anjing². Begitulah yang belaku sekarang ni, masing² pun ada citarasa untuk membela kucing atau pets sama ada dengan cara membeli ataupun hanya mengutip haiwan² jalanan ni..^^
Lazimnya, bukan aku sorang aje yang ada minat terhadap kucing atau anjing ni. Adik aku juga bersifat macam aku apabila dia pon mula membela kucing² jalanan yang selalu menumpang tidur dan menumpang makan di kawasan rumahnya.
Pada mulanya dia pon menganggap kucing² ni hanya menumpang tempat tinggal di rumah dia tapi lama kelamaan sifat kasih sayang terhadap haiwan tu wujud sendiri apabila dia dan geng² bujang kat umah dia tu sepakat nak membela ibu kucing yang mengandung tu.
Once bila mother cats tu beranak, berbagai aneka corak dan acuan anak² kucing tu. Nak tak nak dorang bela la kesemuanya memandangkan ada yang hidup dan ada juga yang mati akibat keracunan. Mungkin juga anak² ni mati di sebabkan ibu kucing tu selalu menangkap tikus untuk feed anak² nya. Lama kelama, geng² adik aku ni pon mula la membeli kibbles untuk anak² bulus ni...^^
Harapan demi harapan...yang sempat di jaga dan juga sempat hidup ialah tinggal 2. Si ibu kucing menghilang entah kemana dan yang ditinggalkan kat sini ialah si Abang (1st Generation) dan si adik (2nd Generation)...
Pesan aku kat adik aku rajin² la korang bawak dorang ni pergi vet..dah la bulu dorang ni lembut, bersih dan gebu. Si kecik adik generasi kedua ni pon hampir² nak mati akibat keracunan...nasib baik la member adik aku ni sempat bawak ke klinik haiwan. Alhamdulillah..umur si kecik ni panjang...dapat la merasa kasih sayang dari bebudak umah adik aku ni..^^

Eh²..macam si Cindy la plak kan?^^'

Si abang yang masih hidup

Adik aku cakap dia ni pon nakal macam si Cindy..^^

Tinggal dorang berdua aje lah kat umah adik aku tu...yang lain semua gone~^^

16 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

neway kalau aku nak feature ko sebagai cameo ko nak aku guna nama apa ar?

nama ko ar...

;D

Papa Hero said...

adat membela kucing jalanan memang begitu...ada yg dtg dan berakhir di rumah kita, dan ada yang datang dan pergi tanpa kembali...

keep it up :)

Mario said...

kat tempat kije aku pun byk kucing org buang...nak bawak balek...anak2 aku kecik lg...

Papa Mifz said...

sgt bertuah si kucing dpt tpt berlindung...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

memang banyak kucing jalanan ni sekarang.. tapi kalau xberminat nak bela kucing tu jgn la kutip kan.. mane la tau anti makin mnyeksa binatang tersebut sebab xdijaga dengan baik

Cik SHiNJU said...

cindy punye twin kot..
lain mak,lain bapak..huhu

meowwmania said...

alhamdulillah...harap2 ramai lg yg terbuka hati utk merasa simpati terhadap haiwan2 terbiar ini :)

dakota said...

seronok meow-meow, dapat makan dan tempat berlindung ..

grOundnUt said...

@Asrul "iLham" Sany : Boley²!hehehe..^^'

grOundnUt said...

@Papa Hero : Sayang sekali si abang dah kene langgar dengan kenderaan yang lalulalang dekat kawasan umah adik ku...RIP abang..=(

grOundnUt said...

@Mario : merata-rata memang ada orang buang kucing..tapi hakikatnya, sampai bila??nak bawak balik, dipikirkan anak masih kecil..sabar yer bro..^^"

grOundnUt said...

@Papa Mifz : setiap apa yang kita buat pada kucing, tak kira la baik atau jahat, kucing² tu tetap mendoakan kesejahteraan kepada kita..^^'

grOundnUt said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine : betul tu bro...ada kala orang mengutip kerana dorang ni comel..tapi dah kotor, dah sakit..dorang campak la kat pasar or campak sesuka hati dorang..tu la perangai manusia...huhuhuhu..=(

grOundnUt said...

@Cik SHiNJU : acuan sama kan?ehehehe..^^'

grOundnUt said...

@meowwmania : betul tu sis...^^

grOundnUt said...

@dakota : tentunya dorang bersyukur sangat² tak terhingga lah!^^