Seperti yang korang tahu, si Sappy mengidapi penyakit Virus FIP yang tak mungkin dapat menyembuhkannya..Itu lah hakikat yang perlu aku terima...terpaksa la aku create last entry kisah si Sappy dari 1st aku ambil dia hingga lah dia pergi meninggalkan aku dan Kitty sekeluarga..(╥_╥)
Pada satu malam tu, keadaan Sappy bertambah tenat..ada la tetamu yang terakhir yang datang pada petang tu..dia ialah antara orang yang rapat dengan Sappy..dari situ aku dah nampak yang Sappy mungkin ingin berjumpe dengan dia buat kali terakhir kerana ada juga beberapa kenalan rapat yang datang menziarahi Sappy...
Masa semakin suntuk...aku still put him at my place..iaitu di kuarantinkan dalam bilik aku agar tak bercampur dengan anak² bulus yang lain..maklum lah, penyakit ni mudah berjangkit..pada yang imune tak kuat, aku rasa akan cepat dapat la virus ni...nak buat camne kan, kita terima aje lah ketentuan Allah SWT...
Dalam jam 4 pagi seingat aku Sappy ada bergolek² menahan sakit perotnya yang mulai membusung tu, aku bangun dan nampak dia mendongak ke arah katil aku...seolah² nak tengok muke aku lama² supaya dia tak lupa...dan aku cuma bercakap pada nya, semoga dia dapat bertahan sampai pagi esok..sebab aku still nak tengok dia puas² kerana aku tengah mamai masa tu kan..@_@'
Once aku lelap, tersedar balik sebab dia meow² seperti menangis...padahal selama dia sakit ni memang dia jarang berbunyi...seolah² nak bagi tahu dia sakit dan azab sangat nak melawan sakit dia..aku terus bangun dan buka lampu untuk melihat keadaan dia..Ya Allah! keadaan dia agak nazak kerana pernafasan dia tercungap² seolah² dah nak sampai masa nya...tanpa berlengah lagi, aku pun duduk di hadapan cage dia dan usap² buat kali terakhir supaya dia tahu betapa dekatnya hati aku pada dia ketika itu...aku rasa macam sakitnya, azab nya dia ketika tu, hanya Allah yang tahu...(╥_╥)
Suara Azan berkumandang menggemparkan alam sunyi...masa tu la dia meow² dengan halus dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir...Ya Allah! Mengalir air mata aku tengokkan si Sappy ni pergi dalam keadaan yang sebegini rupa..bertapa seksanya si Sappy melawan penyakit ini...tapi itu lah endingnya..yang penuh tragis...(╥_╥)
Aku amik keputusan nak tanam dia di kawasan umah parents angkat dia...sebab aku dah janji, aku nak tanam dia di area situ..paling bagusnya budak Sappy ni, dia pergi tak de nak menyusahkan semua orang...aku rasa memang dia sendiri yang plan nak pergi ketika aku cuti..maklumlah raya cina kan..padahal, esoknya ialah hari Rabu..dah tentu² aku akan pergi ke pejabat dalam keadaan tak tenang..tambahan pula, parents angkat dia ni nak pergi bercuti pada hari yang sama...tapi Sappy pergi 24-1-2012 bersamaan dengan CNY...eh, sama la...Sappy pon datang dalam hidup aku pada CNY tahun 2011, tapi dia pergi pada CNY 2012...Hmm..tarikh dia tak de la jarak jauh sangat ngan tarikh kematian si Eori iaitu Hari Christmas 25-12-2010...Mereka ni pergi di waktu semua orang sibuk menguruskan perayaan...bagus betoi, senang sikit nak ingat peristiwa² si EOri dan si Sappy pergi..^^
Tapi itu lah hakikat, jangan di pertikaikan tentang perasaan pecinta haiwan ni kerana kucing juga ialah makhluk yang bernyawa...ianya satu anugerah Allah untuk kita menjaga dan memberi dia sepenuh kasih sayang...bukan sekadar kucing, malah haiwan² lain sepert anjing, hamster, arnab, ayam, kura² dan segala jenis makhluk yang bernyawa ni...^^'
Tapi itu lah hakikat, jangan di pertikaikan tentang perasaan pecinta haiwan ni kerana kucing juga ialah makhluk yang bernyawa...ianya satu anugerah Allah untuk kita menjaga dan memberi dia sepenuh kasih sayang...bukan sekadar kucing, malah haiwan² lain sepert anjing, hamster, arnab, ayam, kura² dan segala jenis makhluk yang bernyawa ni...^^'
Selepas matahari terbit, aku pon bersiap sedialah nak bawak jenazah si Sappy ni untuk di kebumikan...Alhamdulillah, cuaca sangat baik dan mudah urusan untuk mengorek lubang kubur...sebab embun pagi tak abis lagi kan, jadi tanah menjadi lembut dan senang nak menggali lubang..bagus betul budak Sappy ni, memang tak menyusahkan kami langsung...:')
Akhirnya, Sappy bersemadi dengan amannya di sini bersama dengan teman² dia yang dia tak pernah kenali iaitu kucing² parents angkatnya yang ada juga di tanam di situ...rasanya situ tempat yang baik untuk di jadikan pet cemetery..Kubur Sappy juga di bawah pohon pokok yang redup..sesuai sangat dengan jiwa dia yang manja dan tenang tu...Apa yang aku dapat belajar hari ni ialah erti kesabaran dan dugaan yang tabah aku terima sepanjang awal tahun ni...Semoga Sappy aman di sana...Rest in Peace my baby boy...:')
Selepas manatahari terbit, SCL bersiap² untuk kebumikan si Sappy
Lubang dah siap di gali...^^
Jenazah si Sappy..masih lembut dan mudah di uruskan
Pelan² aku mengangkatnya ke liang lahad...:'(
Ini lah posisi si Sappy ketika dalam liang lahad...harap² tak menyeksakan lah yer..:')
We love you Sappy...(╥_╥)
Di balut dengan tuala putih/tuala mandiannya sepanjang hayat dia...
Sentuhan terakhir...Good bye Sappy...sob..sob...
Mulai mengambus tanah...
Pelan² menolak tanah supaya dia tak 'sakit'
Berakhir sudah penderitaan si Sappy yang mengidap FIP virus...
Tak sangka dia pergi semuda itu...
Good bye Sappy...You'll always in my heart..RIP my baby boy...(╥_╥)
Mungkin ini lah entry terakhir tentang Sappy..lepas ni mungkin aku tak akan update entry tentang nya lagi...Sappy sempat jumpe dengan semua orang yang sayangkan dia selama ini. Terima kasih lah kepada mereka² yang melawat Sappy walaupun yang duduk jauh, ada yang sudi melawat dia pada lewat malam dan terima kasih kepada Kawan² di page SCL dan Blogger kerana memberi kata² semangat dan mengambil berat tentang Sappy...Memang la sedih, tapi ini lah yang terbaik untuk dia..Ianya sudah ketentuan Allah SWT..
RIP Sappy 5th February 2011 - 24th January 2012