Nuff²

Tweet

Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ammar

Maka hari ini Allah telah menghantar kisah arwah Ammar untuk menempelak dan menyepak aku agar bangkit dari tidur. Sapa Ammar ni? Aku sendiri tak mengenalinya...bah kan aku rasa kisahnya mulai tersebar setelah beliau meninggal dunia di Turki...apa yang istimewanya beliau sampai di semadikan di tanah perkuburan para sahabat Nabi?
Umur dia muda dari aku. Pencapaiannya jauh tinggi dan hebat dari aku bahkan dari sesiapa sahaja yang aku kenal yang sebaya dengan aku dan dia. Dari Malaysia bersemadi di Istanbul berjirankan Abu Ayub Al-Ansari sahabat Nabi yang dari madinah juga bersemadi di istanbul.
Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.
Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.
Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.
Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah



Ahmad Ammar dalam kenangan 
  
"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

Apabila sesuatu kematian mampu menyentuh jiwa-jiwa dan menyedarkan kita yang alpa, itulah kematian yang menghidupkan...Tenyata anak muda pertama Malaysia yakni orang melayu kita yang di semadikan di sana dan di sana jugak lah terletaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia.

~Al-Fatihah~

Sunday, November 17, 2013

Misteri kehilangan Remaja di Villa Nabila

Dah penuh wall FB aku rasa...pepagi lagi dah kecoh pasal kehilangan 30 orang remaja yang galak mencari hantu...itu aku tak pasti la ape dorang nak buat kan...jika nak di hebahkan mende yang belum tentu sahih, macam biasa la..FB lah tempat orang share sana dan share sini tentang benda yang belum tentu sahih... O.o
Aku macam biasa... tak mudah melatah...cuma berpikiran agak 'luar kawasan' dari pemikiran orang² yang tahu share dan copy paste je...
Apa yang aku tahu dari berita facebookers...dorang cakap ada 30 orang remaja (mana dapat sumber aku pon tatau) di laporkan berkumpul untuk xpdc mencari hantu...dari 30 yang hilang tu...7 or 3 orang di dapati di jumpai...yang belen tu hilang ntah ke mana...hanya dengar suara memanggil² untuk meminta tolong kate miker laaa...
Aku bukan tak percaya entiti or mistik ni...aku dulu seorang yang pernah suka masuk kuar hutan...atas urusan...ikut cikgu silat...dari sudut penilaian kisah entiti ni, memang benar makhluk ciptaan Allah selain manusia tinggal dalam bumi Allah ni...cuma dari mata kasar, kita takkan nampak mereka...kalau yang nampak tu memang ajaib la kan...tak pernah di nafikan, aku jugak salah seorang yang pernah nampak penampakan lembaga hitam wujud dalam ladang kelapa sawit...lembaga setinggi pokok kelapa sawit di waktu senja suatu masa dulu yang banyak mengajar aku di mana bukan manusia aje yang layak ada kat muka bumi ini... dari situ aku akui...syereeeemmm sangat waktu ternampak lembaga hitam tu! O.o
Lagi-lagi berita yang menjadi rumors dalam FB ni...banyak sangat mende yang di tokok tambah asal sedap jalan cite untuk menarik perhatian umum...macam makan kenduri la..takkan makan satu lauk je...mesti nak tambah beraneka lauk kan! -_-
Sumber dari akhbar berita Harian online hari ni menegaskan hanya 1 orang sahaja yang membuat laporan polis atas kehilangan anaknya yang berusia 16 tahun...eh, mana satu betoi ni? haaa...kita dah nampak dah kan kat situ.... O.o

Hanya seorang, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Johor Bahru - Polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya. Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial. Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Sumber : Berita Harian

 LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini.

AHLI keluarga mangsa menabur garam di sekitar lokasi di mana ahli keluarganya hilang selepas dikatakan memasuki banglo tinggal di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Friday, November 15, 2013

Cerita tentang mereka...

Tak heran lah kalau dah berzaman aku tak hapdet kisah pasal anak² bulus di rumah tu...semenjak kematian sAppy  pada suatu ketika dulu...blog aku jadik suram..jadi tak de bahan lagi nak di ceritakan...sedangkan masih ada 4 ekor anak bulus yang sedang membesar di dalam rumah itu...
Berbalik kepada cerita dorang, mereka berempat hidup dalam keadaan harmoni...cuma aku dah stop untuk adopt anak² bulus memandangkan aku terlalu sibuk dan keadaan rumahku yang agak kurang besar, memang tak sesuai nak ada ramai anak bulus...lagi pun aku menyewa umah...masih belum mampu untuk membeli rumah...InsyaAllah, ada rezeki...ada lah sebijik dua rumah... ^_^
Pada malam² yang biasa aku lepakkan kan diri dalam bilik kerja aku (workstation), tak sunyi dengan kerenah anak² bulus...terutama si Cindy yang semakin membesar...
Apa pun malam ni malam yang sejuk dingin...sesuai la perangai dorang di dalam rumah ku yang selesa...Alhamdulillah...Cindy dah masuk 3 tahun sudah...cepat masa berlalu yer... ^_^


Gelagat mereka berdua... ^_^

Bitstrips #2

Setiap hari mesti melambak status yang berkaitan dengan Bitstrip...termasuk la status aku yang tak pernah tahu pasa citer yang tengah tip-top dalam Tonton.com.... 
Best ke jalan citernye? Sejak dari 1st tak pernah tengok plak slot di kaca TV...Al-maklum lah...TV kat umah tu di jadikan prop untuk kucing² bersantai...(bertapa busynye aku) O.o



Wednesday, November 13, 2013

Bitstrips rules...

Salam...
Sekarang dah jadi trend masa kini apabila setiap FB mesti ada muat turun Bitstrips... :D
Apa yang korang tahu tentang Bitstrip ni?
Setahu aku la..Bitstrips ni lebih kepada lukisan kartun/komik yang boleh di pilih oleh pengguna yang rata²nya seluruh dunia...dengan mempunyai akaun FB sendiri, Bitstrips menyediakan segala jenis watak yang boleh di pilih mengikut kesesuaian kita...Seperti YM, kita boleh memilih avatar kita sendiri untuk akaun kita...sama la konsep dengan Bitsrips ni...apa pon semuanya bergantung pada pilihan kita nak menyesuaikan watak avatar yang di pilih oleh kita sendiri... Aku sendiri pon dah mulai terjebak dengan dunia Bitstrip ni...bukan aku sorang je, kawan² aku semua dah leka dengan Bitstrips ni... O.o Apa pun, ini lah n3 yang mungkin dapat menghidupkan kembali page blog aku ni... ^_^ Antara Bitstrip yang memula aku letak dalam FB aku...pasal pe'el si Kitty la ni... Masih ingat lagi Pak Kitty?


Pak Kitty Once upon a time...

My Bitstrips~

Friday, September 27, 2013

Kiasan si Kacang

Salam~
Dah lama tak update blog yang udah bersawang dari sebelum berpuasa sehinggalah Aidilfitri...ni pon dah nak masuk raya haji dah ni! O.o
Berbalik kepada situasi dan keadaan yang sebenar, pemilik blog ni belum meninggal dunia lagi...tatkala masih ada banyak lagi entry² yang perlu di pertengahkan...termasuk lah tentang anak² bulus, tentang animation dan juga apa² entry yang boleh di jadikan info...
Sepanjang tak hapdet blog ni, aku dapat rasakan yang follower aku dah semakin menghilang, dan aku juga jarang nak blog walking sekarang ni...kesuntukan masa membuatkan aku tak berkesempatan nak update n3 dalam blog ni. Memang ada banyak cerita yang nak di ceritakan di sini, tapi apa kan daya...aku di beri pilihan untuk menulis untuk kali ke sejuta pon belum tentu dapat membuat entry yang sebenarnya...
Apa pun, ada banyak benda yang terupdate termasuklah dalam page Stray Cats Lover dan jugak page flickr~
Nampak gaya harus aku kiaskan di sini bahawa, akan ku update entry dari masa ke semasa...dan akan ku blogwalking ke tempat² korang...stay tune!

Aku yang tunggang-langgang

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Sahabat sehidup & semati

Jika korang pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History, korang pasti akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi nama Written in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Jangan terkejut kalau korang nampak rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Sape prof tu eh? Aku sendiri pon tak kenal...tapi takpe..jom aku kenalkan...^_^ 
 Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang)yang terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan Sasquatch. Time dia muda dulu, Prof Krantz terkenal dengan cara hidup beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alkohol sehinggalah pada suatu hari beliau membeli seekor anak anjing dari baka Irish Wolfhound. Menurut Prof Krantz, Clyde membantu beliau untuk pulih dari masalah ketagihan alokohol. Yang ni aku percaya..anjing kan dapat membantu kita mengurangkan stress dan juga apa jua masalah diri...lepas tu plak, si Clyde ni meninggal dunia sekitar tahun 1973 dan Prof Krantz menanam anjing kesayangan beliau di belakang rumah. Selepas beberapa tahun kendian, Prof Krantz menggali semula rangka Clyde untuk disimpan. Bertuah betoi...sayang sungguh dia dengan anjing dia kan... ;)
Pada tahun 2002 Prof Krantz didapati mengidap kenser pankreas. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia beliau menalefon teman beliau David Hunt yang bekerja di Smithsonian dengan tawaran yang sangat pelik. Prof Krantz berkata beliau mahu menyedekahkan tubuh beliau kepada Smithsonian untuk tujuan sains dengan syarat beliau akan dipamerkan bersama dengan Clyde. Prof Krantz mahu terus mengajar generasi akan datang walaupun selepas beliau meninggal dunia. Tawaran yang sangat pelik beliau ini mengejutkan Hunt dan juga isteri Prof Krantz tetapi mereka berdua bersetuju untuk melunaskan pesanan terakhir Prof Krantz apabila beliau meninggal dunia. Pada tanggal 14 Februari 2002 Prof Krantz akhirnya meninggal dunia pada usia 70 tahun. Tubuh beliau dihantar ke "Body Farm" milik University of Tennessee yang terkenal sebagai tempat lahirnya sains forensik pereputan mayat manusia moden. Selepas setahun dibiarkan mereput di Body Farm untuk tujuan sains, rangka Prof Krantz dihantar ke Smithsonian untuk disimpan. Pada tahun 2009 akhirnya rangka beliau dan Clyde dipamerkan sekali. Sebuah gambar yang diambil semasa mereka masih hidup dijadikan asas penggayaan mereka di dalam balang pameran. Written in Bone kini menjadi antara tarikan di Smithsonian Museum of Natural History. Ianya sebuah monumen persahabatan antara manusia dan anjing kesayangannya. ^_^




Wednesday, June 19, 2013

Hazy Haze


KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Singapura mencatatkan indeks pencemaran mencecah 290 malam tadi, iaitu 'udara sangat tidak sihat'.

Ini merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negara itu dan hampir kepada tahap bahaya iaitu Indeks Pencemaran Udara(IPU) 300.

IPU paling tinggi pernah dicatatkan di singapura ialah 226 pada tahun 1997.

NOTA KACANG:
Bagi aku laa...Index² ni tak payah la nak amik tahu sangat sebab dunia sekarang pon dah makin tercemar dengan pelbagai masalah pencemaran...selagi kita mampu bernafas, syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi..tapi kalau yang rasa tak mampu nak bernafas macam orang² di luar sana..aku harap korang duduk diam² la kat dalam rumah...tak perlu lah nak kuar menjalankan aktiviti yg kononnya sihat di luar sana seperti berjogging...bersenam aerobik...semua tu tak payah la...buang karan je...

Ape kata kita berlari setempat di dalam rumah? Kira berpeluh la jugak kan? ^^'


Tuesday, June 4, 2013

Kesan Buruk Korek Telinga


Dari kita kecik, aktiviti korek telinga dah jadi kebiasaan sebab memang diajar berbuat sedemikian. Baik dengan menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam(secara spesifiknya pin rambut), KOREK TELINGA dah jadi satu rutin mingguan ataupun bulanan kita semua. Ada setengah tu, bila telinga rasa gatal je terus korek nak hilangkan gatal. Kita korek telinga dengan tujuan nak cuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. 
Tapi kita tak tahu, korek telinga sama ada guna putik kapas @ pin rambut sebenarnya bahaya walaupun kita rasa selamat sebab putik kapas tu lembut. Memang susah kita nak percaya, sebab tak jadi apa apa pun kan selama kita menggorek telinga. 
Gambar kat atas ni menunjukkan apa yang berlaku kalau kita korek telinga kita terlalu dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail. Tempat yang tertembus tadi tu, sebenarnya adalah gegendang telinga. Kalau ini terjadi masa kita korek telinga, besar kemungkinan kita boleh pekak mesti lah sangat ngeri kan. Tapi itu lah yang kita jadikan rutin, sebab kita rasa ada benda dalam telinga kita yang kita panggil tahi telinga dan kita selalu cakap, ‘Dah nama pun taik mesti lah kena buang!’. 
Telinga kita ni dicipta dengan mekanisme membuang kotoran yang ada pada telinga. Sama juga macam bulu mata yang melindungi mata serta bulu hidung yang melindungi hidung daripada habuk. Telinga pun ada mekanismenya sendiri. Benda yang kita panggil tahi telinga itulah yang sebenarnya menjadi agen pembersih telinga daripada kotoran. Dan kita sebenarnya tak perlu susah-susah nak bersihkan, kotoran itu akan keluar sendiri. Taik telinga ni cair dan sentiasa reproduce. Jadi kalau nak bersihkan, bersihkan bahagian luar telinga je. 
Tak perlu korek dalam-dalam. Selagi taik telinga tak tergumpal sampai tersumbat & menghalang bunyi masuk ke telinga dalam, kita tak payah nak korek buang tahi tu. Kesan Mengorek Telinga Tahi telinga@ear wax terhasil daripada proses fisiologi dalam diri kita dan dihasilkan dalam jumlah yang amat sikit. Yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses mencuci tahi telinga yang sepatutnya berlaku tanpa gangguan. 
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah di programkan untuk ‘menyapu keluar‘ tahi telinga. Sebabkan tu lah siapa yang tak gunakan putik kapas, akan terasa macam ada debu kat kawasan cuping telinga. Debu tu sebenarnya, tahi telinga yang disapu keluar dari telinga kita. Bila mekanisma ini diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah tahi telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih dalam. 
Sampai ke suatu tahap, bila telinga dah tersumbat kita mungkin mengalami kurang dengar konduktif (conductive hearing loss). Telinga kita bentuknya bersudut. Kalau kita suka korek dalam-dalam, boleh sebabkan telinga melecet dan akan jadi bengkak-bengkak, berdarah dan bernanah. 

-Sumber BH-

Monday, April 22, 2013

Gwiyomi versi Nora Danish

Salammm semua...
Sekarang banyak sangat musim² yang selalu aku perasan..contoh macam musim Gannam..Musim Harlem Shake..paling tidak sekarang ni dah gile dengan Gwiyomi...O.o
Sapa tak tau Gwiyomi tu? Aku sendiri pon tak tahu ape maksud Gwiyomi...kalau nak ikutkan dari segi video asli or video² yang di parodikan oleh semua orang dalam arena youtube, aku rasa version Nora Danish lagi osem la!
Jom kita layankan gwiyomi version Nora Danish? ;)

https://www.youtube.com/watch?v=PtYTXSAFRkA

Wednesday, April 17, 2013

Missing In Action

Assalamualaikum wbt...
Huii...ada dekat 2 bulan aku tak berbloging...sama dengan kisahnye bersawang sudah la blog aku ni..O.o
Alasan yang sama...terlalu sibuk dengan urusan harian yang sampai sekarang pon tak sudah²...bukan ape...nak cite sikit, sekarang aku bukan sibuk buat freelance animation jer...malah sibuk dengan wedding photoshoot yang masih baru lagi...maksud aku, tengah berjinak² buat photoshoot untuk any event lah...tambahan plak, job setiap bulan tu ada...Insyaallah, aku akan update sikit-sikit tetang apa yang terlepas since aku stop blogging last 2 month...^^
Anak² bulus semakin sihat...tak pernah ada masalah yang melibatkan kehilangan nyawa...masih kekal pada yang ada...selalu jugak update kisah dorang dalam Stray Cats Lover sepanjang busy ni..ada kala terlepas update jugak sebab every week pon jarang² ada depan PC...balik² pon terus buat keje yang tertunggak atas permintaan client yang agak fussy...hahahahaha...^^
Mungkin sampai sini je kot yang sempat aku taip..Insyaallah aku akan update lagi entry² yang akan datang...^^
Stay Tune! ^^


Monday, January 7, 2013

Animator Attitude Rule #1

Banyak kali aku perasan gelagat² animator setiap kompeni or setiap orang yang aku kenali berlainan semuanya...termasuklah aku sendiri yang ada masa boleh gelak..ada masa boleh bagi penyepak~ O.o
Isu berkaitan dengan freelancer dan juga freelance yang di bawa pulang ke rumah...banyak lah $$$$ jikalau scene siap cepat, kurang retake, boleh la ceduk lagi scene² orang lain...itu lah di namakan keje satu team...tapi kalau animation bagi ala² gapas je, alamatnye payment pon sangkut..semua pon kening berkerut! >,<"
Tambahan plak kalau ada jenis manusia yang tak paham bahasa, kat opis tak perlu nak berkokok² macam esok nak kiamat, banyak animator tengah struggle nak siapkan scene sebelum balik..tu pon terkial² sebab nak kejar deadline...tambahan yang tak paham bahasa mengajak orang isap rokok ala² groupies gitu~ >,<"
Bagi aku la...semua benda tu kene dititik beratkan umpama aku yang bekerja di rumah dan tak suka gangguan apa² dari segala macam hal tak kira la dari segi phone call, merokok, menyembang dan seisi luahan aduan rakyat~ O.o
Kerana kami animator ingin bekerja mengejar masa dan deadline yang terlampau tight sampai nak lepak ngan kawan² pon terpaksa di korbankan demi mengejar impian yang bakal tercapai...ape impian pon aku tatau la...yang aku tau, kita buat keje pasti di bayar...dan bukan buat keje charity or wellfare yer...
Ini sedikit sebanyak luahan or rule yang perlu di amik berat or di utarakan ke parlimen kelak...
Akan ada lagi Animator Attitude Rule #2...Stay tune! ^^

Tengok scene atas meja dan laci pon dah tau struggle kejar deadline~

Kisah Pak Kitty Sekeluarga

Dah banyak sangat cite tentang animation dan event dalam blog ni...jadi tenggelam lah sikit kisah anak² bulus dari keluarga Pak Kitty...masih ingat kah lagi anak² bulus aku yang hanya tinggal 4 ekor? ^^'
Sejurus selepas kematian si Sappy hampir satu tahun, aku rasa macam kisah kucing² dah jadik lapok dan basi...dah tak de point aku nak follow up kisah kucing² ni memandangkan dah ada page dari FB iaitu Stray Cat Lover...banyak kisah² dan gambar² Pak Kitty sekeluarga di upload dalam page tu...^^
Mungkin masih ada yang ingin tahu perkembangan anak² bulus aku...Pada blogger yang tak de FB memang pasti tak tahu kisah² anak² bulus ni...moh aku selitkan sikit kisah dorang yang latest ni...^^'
Pak Kitty macam biasa, usia dia dah menjangkau 6 tahun pada tahun ini...ini bermakna dia di ikhtiraf sebagai kucing paling tua dalam rumah...so pasti semua nak kene respect dan tabik hormat pada dia kan...memang Pak Kitty di layan 1st class dalam umah ni berbanding anak² daranya kat sini...sebab dia lah BOSS dalam umah ni...hehehehe~ ^^
Si Marble macam biasa la...makin berusia, makin berisi...semenjak di sunatkan bersama almarhum Sappy last 2011, badan dia semakin berisi dan semakin aktif berlari sana sini...makin sihat aku tengok...jadik geram la plak nak pelok²...hehehehe..^^
Si Inky macam biasa...badan dia tetap kecil macam dulu memandangkan dia pon pernah hilang (MIA) last bulan 4 tahun lepas, seingat aku...masa dia hilang tu memang aku tak duduk diam sebab risau takut bergaduh ngan kucing lain or di lapah oleh anjing liar...maklumlah, Inky kucing betina yang tak pandai nak berlawan...alhamdulillah, setelah sebulan lebih...Inky di jumpai semula di car park area rumah aku...masa tu kebetulan aku nak buang sampah, ternampak kelibat dia kat bawah kete...aku terus panggil² dia...panggil nama dia...dia menyahut, komperm itu Inky! Sebab ada banyak sangat spesis kucing itam yang serupa dengan Inky kat area umah aku ni...so agak sukar nak kenal pasti kucing² itam kat sini...sib bek la Allah jumpa kan balik si Inky ni...O.o
Si Cindy lak after kematian Almarhum Sappy, dia mula lah nak merapat kembali silaturahim dia dengan si Inky..sebab dulu Marble memang cukup tak berkenan dengannya...al-maklumlah, terpaksa menyusukan si Cindy dalam paksaan! Tu pasal aku nama kan si Cindy ni Cinderella a.k.a Cindy...Marble selalu kedekut nak menyusukannya, sebab time tu Marble tengah menyusukan si Inky dan almarhum Eori...
So, Alhamdulillah, dorang masih hidup sihat walafiat seperti di dalam page SCL...mungkin ada masa aku akan update lagi kisah mereka berempat ni...heheheh..^_^

Setelah penat bermain, dorang pon lepak kejap sambil berposing..^^'

Masing² membersihkan diri sebelum tido


Ada yang sempat posing di hadapan lensa aku...^^'
Kalau nak terlelap tu...kat mana² pon jadi lah...^^'

 Pak Kitty jangan cakap lah, dia ada port dia tersendiri...^^