Nuff²

Tweet

Thursday, September 30, 2010

Kenapa Seketari aku di pecat???

Kuang²...
AKu baru je abis baca email dari sorang kawan aku ni...sikit nak share kat korang wat hiburan di petang hari...ahahahahaha...^^'

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan
mood-ku terlalu baik pada pagi itu.

Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan
mengucapkan dengan penuh sukacita. 'Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang... '
Waktu berlalu ...tanpa ucapan yg ku harapkan..bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.
Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat
kalau hari ini aku berulang tahun. ....

Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka
juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku
berangkat ke bilik tidur dan bersiap dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.

Di pejabat ...
Ketika aku masuk ke pejabat, sekretariku, Janet, menyapaku
Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun Boss...

Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada
seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk
pintu bilikku dan berkata,...

''Apakah tuan tidak menyedari
bahawa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah
hari ulang tahun you, mari kita pergi lunch?, hanya kita berdua.. ''

Aku berkata ' Wow!', itu adalah perkataan yang luar biasa
yang saya dengar hari ini, mari kita pergi...

Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana
kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi.
Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan
tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata,
'Kita kan tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu
kembali ke pejabat kan..??'

''Tidak perlu, saya pikir tidak perlu... '' jawabku.

Lalu dia mengajak aku untuk rehat ke apartmentnya.
Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata..

''Boss, jika boss tidak keberatan, saya pergi ke ruang tidur dan
berpakaian seksi sedikit..??

''Tentu saja boleh...!!' sahutku dengan gembira.

Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa
kek ulang tahun yang besar...Diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja
kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun.

Aku hanya duduk terpaku di sana...

Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang.....@_@'

Kalau korang sebagai Isteri...ape kah reaksi terhadap suami korang tu??^^'
Selamat Terhibur!!^^'

Wednesday, September 29, 2010

Teruskan Mencuri

Entry kali ni nak menunjukkan sambungan geng satu famili cekau barang simpan celah kangkang...
Macam entry aku sebelum ni...kalau korang baca laa...video dekat al-ikhsan tu...
So, korang fikirkan lah...macam mana la seorang anak tidak mentaati perintah ibubapa kalau perangai mak bapa pon seperti dalam video ini...
apa pun kengkawan...Renung² kan lah....

Burung oh Burung

Fooh... penat seharian di opis...takkan lah tak de aktiviti untuk bejalan² amik udara segar....aku ni nak kata keje keras...tapi tak kaya² jugak...makin kayap ada laa...mintak simpang la dapat penyakit kayap...=p
So..hati ni, ikutkan nak singgah Tesco...nak ushar sikit barang² yang boleh di buat makan...alang² sehala aje jalan nak balik rOmah kan...
So aku Fetch si comel...ajak dia teman aku carik sikit barang...
Ramai gak la orang yang bershopping kat dalam Tesco tu...maklum la...orang dah bergaji kan...so makin membiak² la manusia kat dalam tesco tu...
Nak di jadikan citer, masa lalu kat area kawasan Beras...tak sangka plak burung pon sibuk bershopping sakann!aik??burung pon sibok nak beli beras ke??
Kalau korang tak percaya...nah!!tengok ler gambo neh...sempat lagi aku capture untuk tatapan umum....

So lepas ni, jangan pula terkejut kalau cashier Tesco itu seekor burung!!^^'

Sejarah hidup pencipta laman Facebook dibuku

NEW YORK: Kehidupan pencipta rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg, bukan saja difilemkan tetapi kini akan dipaparkan dalam bentuk komik dengan tajuk ‘Mark Zuckerberg; Pencipta Facebook’.

Penerbit Bluewater Productions berkata ia akan mengeluarkan komik berbentuk biografi itu Disember depan. Penulisnya, Jerome Maida, berkata kehidupan jutawan berusia 26 tahun itu kisah amat menarik.

Boleh klik² kat sini untuk cerita panjang :
Berita Harian Online Sejarah hidup pencipta laman Facebook dibuku

Aku ada dengar la...antara Facebook dan Blogging mana lagi best??rata² cakap blogging...sebab blogging boleh menjana kewangan...ialah dari segi Iklan² yang tertera dekat Blog mereka...
Tapi macam mana ngan facebook plak??Iklan kat tepi² tu kan melambak aje..yang kaya bukan lah kita...Mark sorang je la kot...sebab kita sebagai Facebook user, tak dapat apa² pulangan pon...tangan kosong aje...
So ramai blogger sangat berpuas hati dengan memblogkan diri...sebab rasanye...ramai je blogger² yang dah kaya raya...boleh menjana pendapatan hampir RM10K sebulan!!
SO..kesimpulannye...marilah ber-belog kan diri...^^'

Kitty pulang ke pangkuanku akhirnya...

Malam tadi...aku balik opis agak lewat sekali...
keje melambak..deadline tight...so semua tu membuatkan aku rasa stress teramat sangat...tambahan pula..ada yang tido kat opis tu...
Aku tak larat nak continue keje aku..siap je aku amik keputusan balik...malas nak stay..
So sampai aje kat umah...aku sengaja je la buat bunyik chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~berkali²...
Lepas dah masuk umah...telinga aku macam bingit je dengar bunyik kucing meow² dari tingkat bawah umah aku...wah la wei...hati macam terdetik itu suara Kitty...benar lah apa yang di katakan oleh si cOmel...Itu pasti sahutan Kitty...
Di jenguknye ke atas...EH!KITTY LAH!!!Cepat je aku turun bawah...carik dia sambil chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~chuk²~....tak sangka dah macam drama weh...dia berlari² ke arah aku sambil di saksikan oleh ah so yang kebetulan ada kat situ...wakakakaka..
Nak tergelak pon ada..ter sedih pon ada...tapi...apa pon aku bersyukur pada Allah S.W.T....termakbul juga la doa aku...^^
Apa pon ni sedikit sebanyak keadaan Kitty yang keletihan akibat hilang seminggu dari rumah...

Tak tentu arah

Kegatalan akibat tak mandi seminggu

Kitty Ku Kurus

Kitty Keletihan dan Kepenatan

Sampai masa dia nak tidur...
Sleep well son...^^'

Tuesday, September 28, 2010

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

KOTA BAHRU: Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

Kalau rasa nak tahu leh la clik sini
myMetro | Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak


Bila pikirkan balik...semua animasi macam tu...rugi sungguh menjadi kanak² zaman sekarang..(kalau korang terpikir laa)...
aku pon pernah menjadi seorang kanak²...tapi so far zaman anime japan dulu tak de la seteruk sekarang?betoi ka??
Kalau ikut kan citer doraemon...sikit² skirt sizuka kene selak..mesti sizuka menangis..kita pon gelak tengok dia nangis...tapi sekarang...skirt sizuka terselak...mesti kanak² sekarang nak cuba main selak² skirt kat sekolah....betOi kaa??
kadang² pengaruh kuat datang bukan dari animasi aje...tu haa...cyber cafe tu...ramai je bebudak...even kanak² pon sibok dok datang main CS...DOTA....GTA...
so banyak je pengaruh² yang boleh membuatkan kanak² terpengaruh...so, zaman sekarang tak macam zaman dulu...semua nye serba canggih..canggih lagi la otak kanak² zaman sekarang berbanding zaman dulu²...yang mudah terpengaruh ngan benda² canggih ni...^^'

Buah-buahan tempatan

Buah-buahan
Bercakap pasal cuti itu hari...sorang kawan aku balik ke kampung dia...nak kata dia ni ada dusun tak la juga...cuma family jenis suka menanam pokok buah-buahan di rumah...maklum lah...rumah kampung yang ber-tanah lot ni senang la nak tanam itu ke...tanam ini ke...jangan ko tanam orang sudah la...^^'
Bila tengok dia berbungkus² bagi kat aku buah-buahan tempatan dari kampung dia...terkejut gak bile semua jenis buah-buahan adalah jenis harganye boleh tahan la....

Duku Langsat

Banggenye ada kampung...bila balik dari kampung boleh bawak macam² yang susah nak ada di Kl, dan yang paling best semua tu FREE...so silalah berbangga jadi orang kampung, banyak benefit yang kita dapat bila ada kampung...^^
Kerana aku bukan lah orang kampung seperti kawan aku tu...sebab aku di besarkan di Ampang..so tak dapat la nak rasa nikmat duduk di Kampung...Even my Arwah grand daddy pon dah lama meninggal since I was young...
Belum Kait
So maktOk aku tinggal ngan aku since aku kecil..so tak de la nak rasa nikmat balik kampung beraya ke..balik kampung makan buah-buahan ke...semua tu tiada dalam sejarah aku...^^'
Bila one of my frens ni bawak balik buah-buahan yang terdiri daripada Duku langsat,Rambutan, Manggis, Mata kucing, Durian dan Pulasan...rasa rumah macam syurga buahan~ ^^'
Kalau nak ikutkan...buah² macam ni yang di jual kat kL, memang harga tak payah dok tanya laa...mahal worr...
Ranum nampak

Perggghhhh!~

Pulasan

Pulasan Di pokok

WoW!!

Banyak giler Langsat kat pokok rumah beliau~

Aku kalau nak beli buah mahal²...baik aku beli buah Kiwi ke..Buah Strawberry ke...buah Anggur ke..itu memang berbaloi kalau ko beli harga mahal...sebab ianya bukan buah tempatan...
Tapi kalau buah²-an yang asal usul dari Malaysia..dah tu mahal plak tu..aku cadangkan tak payah la nak berangan membeli berbakul² makan kat umah...simpan je duit² tu buat duit hantaran kawin...ehhehehehe...
Bukan apa...bila tengok kawan aku ni...cukup bertuah sebab family dia ada dusun...kadang² buah²-an ni boleh di buat bisness...jual aje la kat tepian jalan..sure ada orang beli...^^

Yang sempat di rakam di rumah

Pelbagai jenis buahan

Mata Kucing pon terselit

Duku yang manis

Manggis antara yang manis

Monday, September 27, 2010

Kitten To Let Go

Salamz...
Berita sedih untuk aku apabila aku nak let go 3 ekor dari anak kitty atas sebab² yang tak dapat nak di elakkan...Aku rasa jalan terbaik ialah menyerahkan anak² kitty yang 3 ekor itu kepada kengkawan yang sudi mengadopt anak² Kitty ni....
Dan Berita baik untuk korang² yang suka akan kucing...korang boleh amik anak² Kitty ini secara percuma sahaja...tak susah bela kucing ni..cuma bagi dia makan, minum..sediakan tempat tidur dan tempat dia "pupu"...
CUma biasa la...kene la rajin² mandikan dan bersihkan dia...sama seperti kucing² lain...Kutu memang satu kewajipan ada pada kucing...tapi tak pe...korang just beli syampoo Kutu dan mandikan dia seminggu 3 kali...untuk bulu yang lembut dan cantik....

Blacken

Socky

Black

Bilik Air Untuk Di sewa

Rata² aku berjalan...tapi tak pernah plak jumpe iklan² yang merapu macam dalam gambar yang aku post ni...
Memula ingatkan biasa je la...bila baca balik...aikkk??Bilik Air untuk di sewa??apakahhh???
Ni pon aku tak edit² photoshop...masa aku snap gambar ni...dia punya font nampak macam blur sikit...ye la masa tu tangan sebelah kat stereng..sebelah lagi kat camera...aiyo...nak dapat capture yang terbaekk memang payah ler...tapi apa pon aku puas hati sebab sempat snap gambar ni...
Cuma musykil apekah aktiviti yang boleh di buat apabila menyewa Bilik Air selain mandi?ahahaha....tepuk dada tanyer la selera...^^'

Jangan kau hina anjing itu!

Seorang Indian Cab Driver
bagitau hamba, "Anjing kalo u satu kali saja ada bagi dia makan, dia
takkan lupa u sampai bila² punya. Tapi kalo ini hari atau banyak
kali kita blanja kawan² makan minum pun, esok hari saja diorang sudah
lupa.."-MKI-

Meminjam dari kata² seorang blogger MKI, yang sangat mencintai Haiwan seperti Anjing serta Kucing...

Aku ni memang mengakui sangat mencintai binatang...tak kira la ape jenis binatang yang boleh di belai, kecuali serangga...^^'
Cuma sikap sesetengah individu...yang suka nak melatah tak tentu fasal...Antaranya..bila ia berkaitan dengan Anjing dan Babi....
Islam tidak melarang sama sekali umatnya untuk membenci haiwan² di dunia, termasuk anjing dan khinzir.love is a great thing that ever happen to anyone in this world....
AKu pon bukan la nak suka sampai nak peluk cium bagai dengan haiwan² seperti di atas tu...at least aku tak de la nak cakap tak mo tolong haiwan² terbabit...
Contoh nya... pernah sekali aku berceritakan tentang seekor anjing yang kelaparan dan kurus kering berada di belakang rumah kepada kengkawan aku...oleh kerana sifat kasihan, semasa aku memberi makan kucing² ku, lalu kebetulan anjing tersebut menunggu di luar pagar belakang rumah,tanpa rasa segan silu aku pon memberi la sedikit makanan kepada anjing berikut...kisah ni membuatkan ramai kawan saya berdebat dengan saya soal Halal dan Haram...ape punyer jenis manusia laa...bukan nyer kita bersentuhan pon!!alasan sbb binatang tu haram...>,<"
Ok la...cincai la...korang cakap haram kan...soal halal dan haram jangan nak memain...aku pon bukan la pandai sangat bab² agama...tapi atas rasa kesian dan sifat kemanusiaan aku yang dah semulajadi ada dalam diri aku....takkan la salah aku nak melayan seekor anjing yang kelaparan di luar rumah??

Tak baik kita membenci anjing dan babi .. kerana anjing dan babi juga adalah makhluk yang ALLAh SWT ciptakan .. membenci dan mengkeji haiwan ini seumpama kita mempertikaikan ciptaan Allah swt ... padahal .. haiwan² ini juga berhak dilayan seperti haiwan lain .. cuma ada syarat dan batas² nya..
Ini sedikit sebanyak tentang pandangan Ustaz Kazim tentang Babi dan Anjing....Selamat Beramal...^^'

Sunday, September 26, 2010

Penantian adalah satu penyeksaan

Sedih gile bila kucing yang kita sanjung dan sayang hilang entah ke mana...tambah² kucing yang sangat cerdik...bukan kira paras ruper...aku ni memang dah sayang seseekor kucing tu, mesti sayang bagaikan anak sendiri...

Masih menunggu kepulangan Kitty

Marble bersama Anak² tersayang...

Waiting....
Tapi apa kan daya..Kitty telah hilang entah kemana...aku tak dapat nak jejak dia dan mengesan dia hingga ke hari ini....dah masuk 4 hari sudey...=(
Ramai kengkawan meminta aku membuat solat Ghaib...errkk....sampai macam tu sekali ke??tak pe laa...aku redha ajer...if dia balik...dia balik lah...kalau tak der...tak de lah...
Sempat juga aku menjenguk kegiatan Anak bini Kitty...Marble dan 4 ekor anak dia...terasa hiba bila tengok marble murung sepanjang Kitty tak der...@_@'
Nak buat macam mana kan...HUjan kat luar tu, lagi kuatlah ingatan aku kat si Kitty...tapi itu lah hakikat sebenarnyer yang aku ni dah kecewa dengan kehilangan Kitty....May gOd bless you Kitty...

Nasi Lemak

Hahahahhaa....hari ahad memang terasa nak makan sarapan ...tambah² nasik lemak....
Tengah dalam perjalanan mencarik nasik lemak...aku terdengar dalam Hitz.fm tentang history of nasik lemak...
Kata si JJ tu...mane dapat 'nama' nasik lemak ni? sedangkan tak de la plak nasik tu di letakkan lemak² ayam ke..lemak² lembu ker...yang nampak tak berapa lemak sangat ialah kacang² dan ikan bilis....(selain santan)
So cerita si JJ...kisah seorang perempuan yang sentiasa memasak hidangan pelbagai nasi untuk emak dia yang kurang sihat...
Setiap kali mak dia cakap..bosan la hari² makan nasik yang sama...so gadis ni pon cuba la menukar angin untuk mencuba sedikit nasik di campurkan dengan santan...kemudian dia buat sikit sambal bersama ikan bilis serta kacang²...timun dan juga telur ayam yang di siap rebus...
So malam tu, mak dia di hidangkan nasi yang di campurkan santan dan segala bagai la..ada sambal ikan bilis...ada timun dan telur serta kacang..so mak dia sangat suka sampai tambah berpinggan² nasi sebab sedap sangat...so mak dia pon bertanye la..

Mak :"Sedap lah...nasi ape yang ko masak hari ni?"
Anak Gadish :"Mak ni...takkan tak tahu...saya masak Nasi Lerr..Mak...."
Mak :"Ye la... nasi ape ni?"
Anak Gadish :"Nasi Le... Mak!"

So dari perkataan tu maka termelekatlah sampai sekarang...Nasi Lemak....
Abish tu,macam mana kalau si bapak yang tanyer??jawapan akan berbunyi macam ni ke?NASI LE PAK?? So, jom melepak di kedai nasik le-pak lah plak!wakakaka...^^'

Saturday, September 25, 2010

Serangga pujangga

Dah macam Kamen Rider
E
ntry kali nak bercerita tentang serangga pelik²...serangga yang kurang ada dekat bandar...yang semacam hampir pupus...akibat habitat dorang dah di cemari oleh manusia sendiri...memang aku ni jarang la nak amik tahu tentang serangga...tapi once dah terjumpe menatang pelik ni..aku pon angkut la bawak balik umah...bukan satu dua aje...ada gak lah burung yang aku tak pernah jumpe....sebab aku ni bukannyer familiar sangat dengan menatang² yang pelik² ni...
tapi tak pe lah...atas dasar aku yang semacam 'Jakun', so aku memang nak share sikit sebanyak serangga² ni....
Mana la tahu if korang familiar dengan serangga spesis yang macam dalam gambar ni?aku pon tak sure yang warna putih tu apa...yang kurus macam lidi tu bukan 'stick bug' ke??

Stick bug??

Tapi after amik aku lepas kan balik ler...tak de la la nak simpan² serangga ni kan...aku pon tak mau usik habitat dorang...sebab aku bukan nyer suka nak bela² binatang yang susah nak di belai...lain la aku ada arkib serangga kat umah tu...ahahaha...
Ni kalau amik simpan kat rumah ni sure Kitty and Marble buat dorang nyer toy's...main gigit² then baling²...habis sepah rumah...tapi ape kan daya...Kitty masih belum dapat di kesan sehingga sekarang...

Ligat sampai ke Monitor

Pelik...tak sure ape mende ni...

Tak Geli langsung...berbanding stick bug tu...geli giler nak pegang...

Cantik kan burung ni...(bukan serangga tau)

Yang ini pon di jamin bukan serangga juga...saje je nak menyibuk sebab dia santek~

Ape pon bagi aku laa...serangga macam ni ni mungkin jarang jumpe lagi selepas beberapa tahun akan datang...biasa laa...global warming...semua benda dah nak hampir pupus...so, amik² iktibar lah yer...

Animator Terlampau

Hahahahaha....macam² gelagat kawan² sekarang eh?kadang² perangai mengalahkan bebudak sekolah la plak....aku nak gelak bile officemate kita budak korea sorang ni...tangkap lentok akibat kebosanan dengan siri animation kami yang tak berapa prestij tu...
Dia plak baru masuk keje...so tak berapa nak berkomunikasi...biasa laa..bahasa English dia kitorang bukan nak berapa paham sangat...
Paling tak boleh lupa...satu hari ni dia tengah review animation...biasa laa...dia kene gak QC bebenda macam ni...so lama² tu tengok kepala dia makin lama makin tersengguk² macam kene sampar Ayam...ahahahah...
Nampak sangat la dia ni bosan dan tak paham dengan animation yang kitorang buat...aku pon tak paham ape yang dia paham sebenarnyer...hahahaha...
APa pun, LEE JUNG HEE...gOTCHA!!! =)

Friday, September 24, 2010

Sekeluarga mencuri di Al-Ikhsan

Macam² perangai manusia kan...ader gak la pencuri yang datang dari keluarga sebegini ropernyer...
Nak kata terkejut...tak juga...sebab aku pon pernah bekerja convenience store suatu ketika dahulu..dan pernah menangkap pencuri terutama dari bangsa Arab...tak kisah la..orang tu macam mana pon...tapi dalam video ni menunjukkan kurangnya didikan nenek moyang dorang la kot..mudah²-an video ini menjadi ikhtibar pada semua orang tak kira la dari segi mental dan fizikal seseorang itu...


Mudah-mudahan dorang ni sedar atas ape yang dorang lakukan...

Ais Krim Ikan??

Haa...pernah dengar tak ais krim Ikan??aku dengar pon macam loya aje tekak...@_@'
Al- kisah nye, sorang kartunis yang nama nyer...kalau korang biasa dengar la..Kaktus pelukis Ujang/Apo? ada suggest kan aku satu cuba makan satu aiskrim ni..yang peliknye cadangan dia ialah Ais Krim Ikan...bleerghh!!loya tekak kalau korang imagine....dia pon mula nak suggest benda² merapu...ye la...pelukis kartun..sure la ada bahan lawak yang dia nak bahankan...
aku macam pelik laa..dia cakap sedapp!!kalau nak try boleh buat kat rumah...memula beli la satu tin sardin tak kira jenama...just letak dalam peti sejuk...letak dekat frozen...biar dalam seharian, then esok buka la Tin Sardin tu...so anggap la ketul ais dalam tin tu seperti Ais Kepal!kalau nak sedap lagi...perah la Limau nipis dekat ais yang belum cair tu...boleh la sedut² macam sedut Ais Kepal!!!
Vommit la aku macam ni....hanyir gilerr!!!tapi kalau korang nak mencuba...boleh juga...tak salah kan kalau aku kongsikan resepi Aiskrim Ikan ni kat korang??Vommit again and again!!>,<"

Thursday, September 23, 2010

Kitty Hilang lagi....

Aduiiihh...ape la malang nasib aku bela Kitty ni dah berkali² dia cuba melarikan diri...ades...bukan tak bagi makan pon...makanan dia aje bulan² aku dah berhabis banyak dah....
Mungkin dia nak carik angin baru la kot...ataupon nak mencuba hidup di dunia luar yang penuh mencabar tu...apa pon..sedih tak terkata la..sbb aku dah adopt dia dari dia baby lagi..since 2007...tu pon kutip dari Kedai makan....=(
Paling terasa bila semua adik beradik aku dan family call aku dan bertanyakan tentang Kitty dah balik ke belum...??aizzz...lagi la aku teringat² Kitty tu....
Aku harap dia balik la suatu hari nanti...If ada orang yang membela dia...hopefully bukan mendera dia atau memakan dia..aku kureng percaya ngan orang² Myanmar dan Nepal ni...dorang ni pemakan daging kucing...mintak² tak berlaku la semua tu....
Takpe laa...yang hanya tinggal Marble and 4 ekor anak² kecil hasil dari Kitty...
Hopefully he will come back home la...coz he's being INTO THE WILD LIFE...

Awak boleh cakap English tak ..???

Ape bakal berlaku kbila ada orang puteh datang nak mintak tolong dengan kita yang kurang fasih berbahasa Inggeris??Sure korang terkial² nak menjawab soklan² dari orang puteh tu kan...
So, video ni salah satu contoh kelawakkan dorang berbahasa English Vs Dutch...
Selamat menonton!^^'

Wednesday, September 22, 2010

Tempat makan Cekik Darah!!!

Korang pernah kene tipu tak dengan mana² gerai makan??bukan kene tipu pasal makanan tu palsu ke..tak masak ke...benda haram ke..ni tentang kedai makan yang cekik darah...
Pagi ahad last time aku teringin sangat nak makan nasik lemak pepagi yang damai tu...tambah² jalan pepagi ahad sure la lenggang kan....Konon tak de tempat nak tuju...aku pon lalu la kat jalan area Cheras Baru menuju ke Jalan Kuari...Kebetulan ada satu gerai nasik lemak betoi² tepi jalan situ...so aku pon singgah la konon nak tapau...
si cOmel kuar kete ingat nak tapau...tapi aku suggest makan situ je laa..sbb ada place untuk parking...
Memang nampak nasik lemak dia menyelerakan la...maklumla..orang nak bersarapan..sure la peyOt tu kosong...
masa tu aku pon amik lauk tak de la banyak mana pon..sbb ingat nak makan tengah hari..so tak de la nak makan heavy²..
Yang aku amik pon lauk nasik lemak biasa ada timun, telur, sambal sotong, dan kelempung goreng...plus aku order nescafe O'ais kegemaran aku....Then si cOmel plak makan lauk sikit ayam masak rendang,telur mata serta timun dan telur....plus ais limau dia order...
Entah macam mana dah abis makan tu...kira punyer kira semua sekali RM16!aku pon pelik gak la...terkejut sambil tergaru wallet dalam poket aku gak la...
Tapi aku bayar macam biasa la..sebab aku pon tak pikir panjang...ada RM20 aku hulurkan aje la...tp sorry la..baki tu kene pulang balik la kat aku..ehehehe...
Bukan ape..bagi aku la..selalu aku sarapan lauk sikit²...tak de la selambak macam makan tengah hari...so bagi aku, sarapan RM16 tu kira mahal la...tak berbaloi pon...makan tengahhari pon tak mahal macam tu!
Kira this is the first and the last la aku makan kat gerai tu...sampai sekarang aku tak promot pon kengkawan aku makan kat situ...haaa...tepek gak nama Gerai Nasik Lemak RM16, Jalan Kuari!!Banned Commercial gak ni...^^'

Done by Dr.Cermin

Aisehhh...cakap pasal cermin kereta....bila ada spot crack entah datang dari mana ntah...maybe batu kecil semasa kita memandu dari belakang Lori or sewaktu kita melalui orang² yang tengah mesin rumput...kadang² kita tak sure bile batu tu datang...sama ada tgh pecut dekat highway..then ada serpihan batu datang dari arah hadapan...atau orang nak sabotaj kete...GULP!!telan air liur dulu...mesti ada nyer laa korang pengalaman cermin retak neh...>,<"

Tengah Rehat dan Rawat

Bukan pada orang yang memandu kete aje..tambah orang macam aku yang bawak skuter pon pernah terkene batu akibat bawak skuter terkedek² tepi orang tengah mesin rumput...padan la muke aku! Sakit jangan tanye la...

Tengah memasukkan sejenis Liquid yang mengcoverkan balik 'crack' tu...

Sakit lagi hati kalau nampak spot crack kat cermin kete kita kan... ni pon aku perasan masa aku cuci kete...once aku lap cermin kete tengok apesal la ada spot kecik yang degil nak tanggal ni...bile perhati betoi² baru la aku pasan...tu bukan kotoran or dust...paham² je la..kecewa gile...@_@' So, amik masa beberapa hari gak la nak carik tukang cermin ni...ada kengkawan rekemen kat daerah itu laa..daerah ini la..sana murah la...sini murah la...bile aku survey sendiri..harga sama aje ler pon...sbb tu memang standard price..nasib baik spot kecik je..aku kene pon RM88 tau dekat Dr. Cermin kat area Pandan Perdana...kalau kat tempat lain..ada aku survey...dorang cekik darah sikit la dari harga yang aku dapat tu...tp lebih kurang sama je la..cuma dekat ngan jauh je lokasi kedai tu...

Ambil masa juga...dalam 45 minit..

Sian dia...dahi dia luka...huhuhu...

Jenuh nak tunggu...tak pe laa..asalkan semuanya oK...

Tuesday, September 21, 2010

Proton New Model???

Sok-sEk² kat sini...dah lama gak dengar tentang proton Waja nak keluar Model ala² Lancer...betOi ke??aku pon tak sure...tapi officemate cakap kat aku, dia nak sambar la satu if model macam Lancer tu betoi² keluar..
Harga??tak mungkin la sama dengan Lancer...mesti la kurang sikit harga dia...ikut kemampuan la kot...biasa proton dia jual ikut harga yang berpatutan...ni cuma salah satu khabar² yang best untuk bakal pembeli model kete dari Proton laa...... ni pon dari citer Kedai Kopi laaaaa....

P/S: Gambar ni pon aku dapat dari member aku yang syiOk dok belek² fOrum...

KLIA, Kuala Lumpur International Airport

Kisahnye, malam tadi aku kene Fetch officemate aku yang baru tiba dari Korea....ni pon sbb projek Animasi dari Korea bakal kitorang wat by December ni....Dia naik Flight dalam Jam 4 petang (waktu Malaysia) dari sana and perjalanan dia mengambil masa lebih kurang 6 jam ajer...so lebih kurang dalam 10 malam (waktu malaysia) lah dia sampai....(kalau tak de delay)

Rush Hour!

Yeah...KLIA I'm Coming!!

Tol la plak...masa dah suntuk!

So bini dia ckp kat aku maybe paling lewat pon dia sampai 11.30pM laa...so aku tak expect selewat tu...rOpenyer dorang sampai awal la plak...(dalam jangkaan aku is 11 pm something like that)...aku pon rushing kejar masa nak fetch dia kat airport laa..sian plak member kene tunggu lama²...sure penat travel kann...

Tengah mencari paking~

Ini lah hasil yang di bawa oleh member aku...


Seisi bergambar macam Artis...

Cite dia kan...memang pengalaman kat sana mengajar erti kehidupan laa...dari segi makanan...jgn cakap laa...memang suffer laa...dia pon kat sana makan vegge....bukan meggi weh...makanan veggetable....biasa laa...sana susah nak carik makanan muslim....tambahan part² penyembelihan kann....
Cite dia lagi...tahap kebersihan dan keindahan bandar Seoul tu, memang memuaskan...korang bayangkan la...air sungai Klang...(konon kat sana la)...sebersih² alam...boleh nampak Ikan yang terbang...OooooOoopppPpsss..ikan yang berenang maksud aku...^^'
Kalau nak ikutkan taraf idOp kat sana sangat tinggi...dia cakap iF orang yang pakai kete tu, memang golongan orang kaya la...sebab dorang semua beli Kete Cash weh!bukan macam kita...sana tak de Utang²...so jangka hayat sesebuah kete pon...tak lama macam kita...kete 20 tahun still boleh gune pakai...kalau kat sana dorang memang hapuskan segala kenderaan melebihi 6 tahun!!

Align CenterSeperti yang di tunggu²...aku dapat sekotak...^^'

Cakap pasal rOkOk plak..harga sekOtak rOkOk kat sana lebih kurang kita la kot..tak silap aku..tambahan rokok jenis nikOtine dan Tar Rendah...and aku dengar laa..harga nasi Putih aje mencecah RM12 semangkOk keCiL!!Sea Food jangan cakap la...harga sepinggan semuanya dalam lingkungan RM40-RM60 untuk Ikan seekor sahaja...perggghh...gile bagaii...macam mana nak bernafass nehh...??tarik nafas dulu...kemudian baru baca...@(oo)@"
Kira dia cakap BABI lebih murah la kat sana...harga dalam RM8-RM10 je satu hidangan....

Kalau nak ikutkan, panjang lebar lagi si dia bercerita...aku pon nak bercerita kat sini pon tak banyak sangat la..sbb bukan aku yang berkunjung ke sana...tuan punya badan yang empunya cerita...
So itu lah info sedikit sebanyak tentang SeoUL, Korea...(padahal tajuk Entry KLIA la plak daaahh....)