Nuff²

Tweet

Monday, September 27, 2010

Jangan kau hina anjing itu!

Seorang Indian Cab Driver
bagitau hamba, "Anjing kalo u satu kali saja ada bagi dia makan, dia
takkan lupa u sampai bila² punya. Tapi kalo ini hari atau banyak
kali kita blanja kawan² makan minum pun, esok hari saja diorang sudah
lupa.."-MKI-

Meminjam dari kata² seorang blogger MKI, yang sangat mencintai Haiwan seperti Anjing serta Kucing...

Aku ni memang mengakui sangat mencintai binatang...tak kira la ape jenis binatang yang boleh di belai, kecuali serangga...^^'
Cuma sikap sesetengah individu...yang suka nak melatah tak tentu fasal...Antaranya..bila ia berkaitan dengan Anjing dan Babi....
Islam tidak melarang sama sekali umatnya untuk membenci haiwan² di dunia, termasuk anjing dan khinzir.love is a great thing that ever happen to anyone in this world....
AKu pon bukan la nak suka sampai nak peluk cium bagai dengan haiwan² seperti di atas tu...at least aku tak de la nak cakap tak mo tolong haiwan² terbabit...
Contoh nya... pernah sekali aku berceritakan tentang seekor anjing yang kelaparan dan kurus kering berada di belakang rumah kepada kengkawan aku...oleh kerana sifat kasihan, semasa aku memberi makan kucing² ku, lalu kebetulan anjing tersebut menunggu di luar pagar belakang rumah,tanpa rasa segan silu aku pon memberi la sedikit makanan kepada anjing berikut...kisah ni membuatkan ramai kawan saya berdebat dengan saya soal Halal dan Haram...ape punyer jenis manusia laa...bukan nyer kita bersentuhan pon!!alasan sbb binatang tu haram...>,<"
Ok la...cincai la...korang cakap haram kan...soal halal dan haram jangan nak memain...aku pon bukan la pandai sangat bab² agama...tapi atas rasa kesian dan sifat kemanusiaan aku yang dah semulajadi ada dalam diri aku....takkan la salah aku nak melayan seekor anjing yang kelaparan di luar rumah??

Tak baik kita membenci anjing dan babi .. kerana anjing dan babi juga adalah makhluk yang ALLAh SWT ciptakan .. membenci dan mengkeji haiwan ini seumpama kita mempertikaikan ciptaan Allah swt ... padahal .. haiwan² ini juga berhak dilayan seperti haiwan lain .. cuma ada syarat dan batas² nya..
Ini sedikit sebanyak tentang pandangan Ustaz Kazim tentang Babi dan Anjing....Selamat Beramal...^^'

5 comments:

Mario said...

ye betul tu...kalau terpegang pun...kan bole samak...setakat bg makan tuuu...ok le kan...jgn makan binatang tu...dah le...

grOundnUt said...

benar tu...aku pon berkawan ngan bangsa lain yang makan Babi...tapi aku tak pernah nak teliur pon nak makan pork rice dorang tu...
Cuba satu aje, mental kita ni kene la ubah sikit...
dulu aku g jogging kat bukit jalil
...sambil jogging, aku singgah bli kopok lekor...kebetulan ada anjing kat tepi tu...dia tenung je aku makan kat tepi kerusi...tgk anjing tu macam lapar eh...aku sian sedekah la sikit sebatang dua...lepas tu aku sambung jalan satu tasik bukit jalil...anjing tu bodygurad aku beb!sampai ke tmpt paking yg gelap tu!!terharu beb!!^^'

Chetz Togom said...

Orang yg kata anjing tu haram, either bodoh, tak belajar or main ikut cakap orang yg tak betul.

Dari apa yg Chetz perhatikan... anjing lebih pandai dan lebih berhati-perut dari kebanyakan Melayu kat Mesia ni...

grOundnUt said...

@Chetz Togom : betul tu..kadang² rasa rimas dengan pemikiran orang melayu yang terlalu mainstream dan tak boleh terima dengan kehadiran anjing dan babi..pernah juga menyuapkan seekor anjing dengan aiskrim...punya la terbeliak bijik mata semua orang di keliling i....abnormal kah itu?>,<"

Razana said...

Semua haiwan d donia yg fana ni berhak bernafas n dikasihi sbb ciptaannya jg dari Allah yg Satu. Ada sbb ngape ia dicipta n hidup bersama kita. Sebagai manusia yg dikurnia akal, kitalah yg patut lindungi mereka yg tiada akal sgt spt kita tp malangnya byk dr kita yg berakal jd kurang akal. Donia ni hya seketika jd kasihanilah sesama mereka yg berkongsi oksigen...Tak ade dosa malah pahala bg kita yg mengasihani haiwan2 ini yg hanya meminta sedikit...