Friday, October 1, 2010
Touch & Go Card
at
12:01 AM
Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap.Kaki tipu jugak.Oleh itu,hangpa dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG hangpa.
Ada sorang ni dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG dia citer dia ada RM92.90,tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.
Ini bermakna kad itu telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Rugi RM16.60.Itu baru dia sorang yang perasan terkena.Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit.Buta- buta saja...
Mungkin selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru,sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.
Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG,dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu.Sempat la depa rolling duit tu dulu...dia kasi can la kali ni.Lain kali kalau kena tipu lagi,dia nekad bawak pi mahkamah beb.
Moralnyer,berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni.Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ishk2....keadilan perlu ditegak.....
biasa la..kalau sistem² error ni..kadang² kita tak perasan kan...^^'
Post a Comment