Ni sambungan N3 aku yang lepas kalau rasa nak baca balik tentang Walk Charity leh la klik sini
Member aku dah call ajak datang seawal jam 3petang...aku ni bukan nyer kaki 'punch card' awal...so aku pon sampai la lebih kurang jam 4.45ptg...






So, berjumper la aku ngan kawan lama aku ni..dia pon bekalkan lah baju kuning...dia paksa aku ngan si cOmel tu pakai..nak tak nak kene la pakai kan...hahahahahaha...
Kami dapat 2 kuPon hari tu...satu makan b4 walk...aku amik menu KFC aje...ehhehe...then another is Dinner means after walk ler...Dinner aku tapau Pizza aje...ACtually ada 3 kaunter makan kat situ..yang ada Ayamas, KFC dan Pizza Hut...satu kompeni la katakannn...^^'
Sebelum adanya acara berjalan kaki sejauh 5kM ni...Antara yang hadir menyampaikan ucapan iaitu Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim merangkap Pengerusi untuk KFC Holding Malaysia...
Selepas ucapan beliau, satu traler Lori lalu kat area kami berkumpul untuk menghantar bekalan makanan ke negara² kebuluran di seluruh dunia...Lepas tu, kami di beri sedikit senaman aerobik ikut rentak untuk regangan otot sebelum berjalan...maklum lah..bukan selalu nak berjalan jejauh nehh...ehhehe...





Setelah selesai aktiviti berjalan amal, kami lepak sambil bedal dinner TERBAEKK dari Pizza Hut...ada la jugak aktiviti² kat atas jalan sepanjang stage tu macam 'clown'...Orang api la..macam²...konsert kecil²-an yang aku boleh gak la masuk..antara artis yang datang seperti Jalil Hamid dan Ramli Burger...eh silap..Ramli Sarip...tak lupa plak pada team showdown 8tv iaitu WAKAKA CREW berdansa di atas stage...
Aku dan COmel balik dalam keadaan yang happy, Ceria...tak de penat² sakit² badan ke..lenguh² ke...everything fine...^^'
Kalau rasa nak tengok gambar memang banyak aku capture pic pada petang tu...tambah² pejalan kaki yang memberi respond dan agak sporting...aku antara yang kaki panjat tembok dan panjat kOsi untuk capture yang lebih sempurna...biasa la...ramai betoi orang pada petang tu...seramai 6ribu!!