Nuff²

Tweet

Tuesday, October 5, 2010

Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?

Tentu korang semua selalu tertanya² kenapa caj rawatan di klinik² gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik² macam ni mempunyai caj rawatan yang berbeza² bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi....adakah fakta² ni betoi untuk korang?Itu pendapat dari pesakit² yang telah bersembang ngan aku kat klinik gigi tadi..Sebab pagi tadi aku baru je balik dari menampal gigi aku yang dah berlubang sejak sekian lama...maklum la..lepas raya jer...makan macam²..Kuih raya...air manis...semuanya kandungan gula yang tinggi...so, berkawah la gigi geraham aku tu...>,<"

Selalu nyer, biasa dalam menentukan charge² rawatan, doktor gigi mesti amik kira
1. Kos utk bahan yang digunakan
2. Kos sewa klinik
3. Kos untuk memastikan alatan yang digunakan sentiasa di servis dan berkeadaan baik
4. Kemahiran seseorang doktor
5. Jenis rawatan

Kerajaan memang banyak menghulurkan bantuan di klinik-² gigi kerajaan ofcoz la sebab caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala aku terasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan... memanglah untuk berbakti kepada masyarakat(tu yang terbaekk). Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi...imagine ler...yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor² di klinik kerajaan menyuruh dorang membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.Itu based on pengalaman aku berada di klinik gigi kerajaan dan Klinik gigi swasta...

Kalau nak ikutkan di negara² lain, ongkos untuk rawatan pergigian memang lagi mahal sampai ada di antara penduduk negara tu yang tak mampu nak merawat gigi dorang...Tak de plak bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain.

Oleh itu, sayangilah gigi korang dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah..^^'

4 comments:

A said...

jaga lah gigi baik2 .. kalo gg dah rongak .. hidung yg mancung pon nmpk cacat wahahhahaa ..

grOundnUt said...

ahahahahahaa....kalau macam Halimah Jongang camne plak tu...??kui3...^^'

Mario said...

tula...kos nak buat gg bole cecah ribu2 ooo...ekeke

grOundnUt said...

betoi²...aku setuju yang itu...ehehehe...^^'