Nuff²

Tweet

Thursday, June 2, 2011

Suami isteri dibogel

Dengar tajuk hari ni nyer paper, memang mengaibkan...bagi aku la..kalau la terkena kat aku..tak pasal la kuar cite "Kene bogel dengan jiran sebab 5 ekor kucing buat bising kat rOmah"...naya ke idok tu?@_@'

Tapi tu la kaannn....

Kalau nak bogelkan pun, jangan la sampai nak bawak lari bini orang...tak pasal la orang tu meroyan sensorang kat umah tu...entah ape la yang 3 orang lelaki yang menculik bini dia tu buat kat bini dia kan..hmm...kata nya maybe kes jeles la kot?entah laa...kalau nak tau lebih lanjut macam pelita panjut, korang baca la detail kat bawah ni...@_@'


GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.

Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.

Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.

“Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami,” katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.


Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

"Korang beli la Akhbar Harian Metro hari ni...leh aaa tengok pic aku yang encem ni..."(dialog rekaan semata²)

22 comments:

Rosmawati Yusof said...

Uh... manusia, manusia..entah apa, apa tah...

habsahharun said...

hmmmm...ada orang jeles ke?
macam2 la sekarang ni :(

mi.yu said...

Huish. Bini penuntut UiTM lak tuh. Seram dengan kes jenayah sekarang. orang boleh buat macam2.

Cik SHiNJU said...

sakit perut aku gelak baca dialog rekaan ko tu..hahaha...

yg bwk lari bini org tu mmg x snonoh...yg gi bogelkan dorg tu nape..dah sah2 bukan org baik2..semoga berjaya ditangkap dan dihumban dlm lokap...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

manusia sekarang makin lama makin xbertamadun... betol ke malaysia sekarang dh xselamat????????

bard bahtiar said...

klau dpt tngkap suh dia bogel blik..benggong pnyer penjenayah...

KiD said...

macam hampeh aje kan... huhuhu cian diorang.
Kenduri KFC!!

vampire's lovex said...

kesian dorang,elok2 dok umah kena ceroboh,pastu kena bogel plak..haaaaaa,pelik nye penjenayah tu

Syazwani Mazlan said...

huish mcm-mcm skg ni..=_='

Singgah Sini pulak:
Isteri mesti Layan Suami mcm PELACUR KELAS ATASAN? Patutkah?

kerangRebus said...

sbgai gadis, isteri, ibu, opah..sngt takut dan mengaibkan...aduhai,..mintak2 diperjauhkan musibah2 cenggini..amin T_T

hi kacang~long time no see eh..hahak ;D

Scarlett O'Hara said...

Sadis!Sungguh mengaibkan!trauma kalau saya yang kena!

grOundnUt said...

@Rosmawati Yusof : tu la pasal...tak de keje la tu kan...@_@'

grOundnUt said...

@habsahharun : Cemburu or sama ada tak di restui perkahwinan dorang...@_@'

grOundnUt said...

@mi.yu : tu la pasal...kene berhati2 la lagi lepas ni...@_@'

grOundnUt said...

@Cik SHiNJU : tu la pasal...nape la nak kene bogel...sendiri bogel sudah...tak payah nak bogel² kan orang..adesss...@_@'

grOundnUt said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine : terasa amat takut sekali kalau duduk umah sendiri pon di bogelkan oleh penjenayahhh~

grOundnUt said...

@bard bahtiar : ahahahaha....^^'

grOundnUt said...

@KiD : mungkin pengaruh dari Tv la kot...@_@'

grOundnUt said...

@vampire's lovex :Penjenayah sekarang tak kira apa² pon nak di bogel kan..kalau la kucing ada dalam umah tu..mesti dia trim bulu² kucing tu sampai togel...@_@'

grOundnUt said...

@Syazwani Mazlan : kene berjaga²,,macam² peel...@_@'

grOundnUt said...

@kerangRebus : Hi kerang rebuss...lama tak bertandang kat sana..Busy eh?^^'

grOundnUt said...

@Scarlett O'Hara : Trauma dan phobiaaaa...waaaaa...@_@"