Nuff²

Tweet

Friday, May 27, 2011

Bukan kena baham anjing

Propaganda manusiaa....
Tu lah dia kalau citer dalam media cetak di putar belit..lain kali, amik report secara detail baru publish itu akhbar...deyy...semua orang rasa tertipu dengan tajuk muke depan akhbar tentang budak berusia 3 tahun di baham anjing....
Aku pun rasa teraniaya...terpikir sejenak apa la dosa budak kecik yang berusia 3 tahun tu pada anjing tu..dan apa yang budak berusia 3 tahun tu buat pada anjing tu...haaa...nak tau, ni lah teori dan amali yang dorang dapat dari sumber berkenaan...

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.
Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.

Tu berita 26 May 2011...jOm plak kita tengok berita hari ni plak....
So, sape hero dalam 'drama' ni?Media cetak??Demmit...>,<"

PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.

4 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

betol la ape yang orang cakap.. surat khabar ni ape yang leh kita caya cuma tarikh dan result nombor ekor jerk :)

Lunia said...

kalau lah anjing tu boleh bercakap dan bela diri dia.. tak boleh bayangkan time anjing tu cuba nak selamatkan budak tu =(

grOundnUt said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine : Aku jugak percaya pada result TOTO tu...sebab itu lah yang paling benar sebenar² surat khabar tu..demm..>,<"

grOundnUt said...

@azie.azureEn : sian kan..tak sangka plak niat anjing tu di salah erti kan...poor little doggie...=(