Nuff²

Tweet

Wednesday, January 5, 2011

Proton Service

Cakap pasal service kete ni...aku bukan nyer familiar sangat tentang selok-belok tentang penjagaan kete...tapi, apa yang aku pasti...kete tetap kene service mengikut jadual yang telah di tetapkan...
Memandangkan aku baru je service kete aku, aku nak kongsi sikit asas² service yang aku pernah hadapi dekat proton itu hari...masuk service kali ni dah 4 kali beb...tapi biasa laa..dulu dorang tak de plak nak charge labour cost...now on, sendiri mau pikir lah yer...huhuhuh...
Banyak gak benda yang perlu di tukar ketika kita berada di stage 4 ni...antaranya ialah :
- Air Filter
- Oil Filter
- Spark Plug (satu set)
- standar minyak itam lah yer...

Keempat² yang tersenarai kat atas tu wajib gak di tukar..boleh je nak postpone till next service...tapi takut nnt lain plak jadi nya...lagipun, takut enjin kete tak stabil dan bising...before this ada masalah kat Rim aku...itu kisah Service ke -3 di mana alignment kete nak kene check...tak sangka plak Tayar depan belah kiri aku tu rim nyer bengkok sikit...akibatnye, brake pad terpaksa di tukar untuk mengelakkan brake disk aku rosak...

Bagi aku laa...kalau dah pakai kenderaan 4 roda ni, agak kene jaga juga la...before this aku pakai skuter, so agak macam rasa berbeza sikit la dari segi service...skuter pon tak kurang hebatnye...pengjagaan kene rapi...that's y ada tips² yang boleh di guna pakai....contoh macam dalam internet...dalam blog² penjagaan kereta..penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM)...
Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km.
Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 5,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:– Enjin 'tune up' bagi setiap 10,000 km
– Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
– Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
– Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
– Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
– Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
– Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.


So moral of the story, jangan lah kita abaikan penjagaan harta benda kesayangan kita...sebab pagi tadi member aku dah kantOi kete tepi jalan sebab Bateri Kong...macam mana tak leh detect?tu lah penting nya service keta...orait geng!Adios!!Amigos....^^v

Bila jenazah ini di angkat....

Maka ada lah yang cuba menggodek² nya..terutama penukaran minyak enjin...

KantOi tayar kene paku...adesss...

Ketika menukar Spark Plug

6 comments:

Cik SHiNJU said...

WTF?? Hahaha... :P
Iyer sgt tu bro...keta ni kalau x jaga betul2,skali dia sakit..poket kita rabak!

grOundnUt said...

@Cik Shinju : WTF means Wow, That Funny! ekekekeke....
betoi tu, sekali sakit...poket bocor...^^

KiD said...

wwoohooooo... aku dah 7 tahun pakai kete... baru dapat geran...
mak aihh.. kete iswara je... maintain jangan tak maintain... eksiden 4 kali.. bateri tukar 3 kali.. tayar dua kali tukar... wooohooooooo

biskut said...

tanx for thiz info...

servis kete mesti selalu update macam blog gak..hihi

grOundnUt said...

@KiD : wohOOo..lega la dah dapat geran...boleh beli umah plak lepas ni..yeeehhaaaaa...^^'

grOundnUt said...

@biskut : betoi tu..kene service minyak itam seelok²nya setiap 5000km...baru la enjin lancar...tak gitu?^^'