Nuff²

Tweet

Wednesday, May 11, 2011

Kemalangan Ngeri Nahas Treler

Ajal dan Maut di tangan tuhan...kita ni merancang..tuhan yang tentukan..ini lah tragedi yang ngeri mengakibatkan sebuah treler melanggar sembilan kenderaan lain iaitu dua lori, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara.
Gilo tak hebat trailer ni langgar macam bowling dah aku rasa...tu la dia..kadang², kita yang terlalu ikut peraturan pon kadang² jadik mangsa..tak kira la dari sudut mana..berhenti kat lampu merah pon, tetibe datang lori balak hinggap kat kete kita...so memang betul laa...Ajal dan Maut di tangan Tuhan...

JEMPOL: “Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya,” kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.

Kalau rasa nak tahu lebih lanjut..masuk la link Harian Metro hari ni....Ada sikit gambar² yang aku cedok dari sumber ni...siannn..=(

Seorang mangsa bawah treller

Remuk akibat perlanggaran

Mangsa yang di bantu orang ramai

Mangsa yang terkorban nahas Ngeri

So, sebelum memandu...banyak² kan lah berdoa agar di rahmati perjalanan kita..Insyaallah...aku pon selalu juga beringat ketika memandu...
Al-Fatihah kepada mangsa²...

5 comments:

Cat-from-Sydney said...

Uncle Kacang,
Salah seorang yang terkorban juga merupakan suami kepada kawan Mama. Sedih tau....anak-anak dia kecik, masih sekolah lagi.... purrr....meow!

ghost said...

malang tak berbau...

Cik SHiNJU said...

ngeri dowh...
byk sgt kemalangan ngeri kat Malaysia ni tapi lgsung x jadi pengajaran pd pemandu2 x berhemah ni... tiap tahun ade kes camni...

grOundnUt said...

@Cat-from-Sydney : Innalillah...wainnalillah hiroji'oun..moga² roh beliau di cucuri rahmat...takziah pada keluarga...=(

grOundnUt said...

@ghost writer : kalau la malang boleh berbau...memang semua orang dapat hidu setiap malang tu...