Nuff²

Tweet

Sunday, April 10, 2011

KOMAS ”Freedom Filem Festival 2011"

Tujuan aku meng-update kan entry ni adalah untuk memeriahkan lagi KOMAS Filem Festival 2011. Kalau korang nak tahu, FreedomFilmFest (FFF) KOMAS adalah pesta filem yang terulung sekali kat Malaysia . Dah tu plak, FreedomFilmFest akan diadakan buat kali ke-8 bagi tahun 2011. FFF telah menganjurkan tema-tema dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Rights UDHR) yang membawa aspirasi untuk keadilan, kesaksamaan, keamanan dan demokrasi. Dalam pertandingan filem, bengkel-bengkel dan tayangan-tayangan filem, FFF mewujudkan pesta tahunan yang membawa pelbagai jenis isu kepada orang ramai. Filem² dan juga dokumentari antarabangsa dan tempatan yang ditayangkan memaparkan isu² yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat umum seperti hak asasi manusia, HIV/AIDS, kemiskinan dan alam sekitar. Kebanyakkan filem-filem yang ditayangkan pada dasarnya tidak boleh diperolehi oleh orang umum sebelum ini sebab pe...sebab maybe kurang mendapat perhatian media massa utama. FreedomFilmFest membuka ruang untuk rakyat Malaysia untuk mengunakan video sebagai alat pendokumentasian sosial dan juga pembikinan filem. Pergghh...ada yang berminat ke??^^'
Melalui penggunakan video, sesiapa sahaja boleh berkongsi kisah di samping menyuarakan pendapat mereka mengenai pelbagai isu sosial yang berlaku di negara kita. Perbincangan terbuka yang diadakan selepas setiap tayangan filem adalah sangat unik buat FFF kerana ia memberi platform kepada orang ramai untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan secara terbuka.
Dengan menganjurkan program ini, KOMAS berharap dapat membuka ruang demokratik terbuka bagi memudahkan perbincangan dan dialog untuk perfahaman yang lebih jelas dan juga kesedaran mengenai hak asasi manusia. Di samping itu, prinsip-prinsip yang dianjurkan juga akan berterusan dengan aktiviti-aktiviti susulan berikutan hasil program berkenaan.


Hallamak...skema plak entry aku kali ni, sebab aku pon dapat info ni dari sorang kawan aku ni. Tu pasal la aku add banner kat sebelah kanan bawah follower tu. MOh la beramai² join FFF 2011!^^

Aikk..terlupa plak..FreedomFilmFest dibiayai sepenuhnya oleh European Commission untuk tahun 2011. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2011. Apo lagi...cOpek la perah oTak carik idea...Nak tahu lebih detail, korang click la kat link FFF 2011 ni...


6 comments:

Dakota said...

tq very much for the info kacang ..

Geng Borak said...

FFF... bile kacang nak wat filem? hehehe

Kurang Ajar Cakap Mencarut | FU*K

Cik SHiNJU said...

menarik tu..
pe kata ko wat filem pendek sal kucing terbiar neh..

grOundnUt said...

@Dakota : you're welcome!^^

grOundnUt said...

@KiD : tak sempat nak buat proposal...kesibukan keje harian melanda..^^

grOundnUt said...

@Cik SHiNJU : Perghh..Idea mencurah gak...tp, portfilio tak buat lagi..huuhuhuh~