Nuff²

Tweet

Sunday, August 29, 2010

Akibat tak bayar PTPTN

Akibat tak bayar PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) was established to help students gain entry to Higher Level Institutions of Education in Public (IPTA) and Private (IPTS) sector.

Rasanya semua tau PTPTN tu apa kan .. aku cuma nak berkongsi sikit cerita kisah benar .. yang mungkin boleh menjadi kisah² teladan untuk masa depan. Banyak sangat aku dengar cerita pasal orang tak bayar PTPTN ni, tapi sekadar cerita la kan .. tak pernah lagi la berlaku depan mata kepala aku sendiri ..^^'

Ok berbalik pada tajuk kat atas .. aku ada seorang kawan yang juga officemate aku,.. dia ni salah seorang yang tak bayar PTPTN la... mungkin dia tak kisah kot .. atau pun dia fikir, dia takkan ke luar negara .... mungkin lah kan...even aku yang dah lama bekerja dalam Industri ni pon tak pernah nak pk pasal pergi ke luar negara....
Nak di jadikan cerita .. mamat ni dapat offer dari BIG bOSS untuk handle project Animation di France .. rezeki dia terpilih ..selama 2 bulan lebih dia kena bertapa kat sana...

Masalahnye sekarang dia tak boleh pergi selagi dia tak bayar PTPTN tu .. Tapi haruslah dipuji sikap mamat ni .. kerana dia telah melangsaikan separuh dari hutang dia tu dengan PTPTN ...memang sampai ribu - riban la kan .. hehehehe ......dan akhirnya semua pun selesai la., mamat ni dah pon bayar PTPTN tu ..dan dia sangat berkobar² untuk bertapa di FRANCE .. ehhehee
-









-










-













-









Cerita belum habis lagi daaaaaaaaaaaaaa .. itu bukan ending dia daaaaaaaaaaaaa

Malangnye mamat ni tak terpilih untuk ke FRANCE ... walaupun boss dah beli tiket dan bagi duit kat mamat ni untuk buat pasport .. tapi mungkin bukan rezeki dia ....@_@'
Aku kesian kat dia gak la...sebab dia sanggup bayar PTPTN beribu riban ... tapi dia tak dapat pergi atas sebab² yang memang aku tak berapa pasti .... bos jer yg tau ... ( kalau tak salah aku bos dapat tau dia ni ada sakit )

MORAL : jangan tanguh2 kan hutang .. ok

No comments: