Nuff²

Tweet

Wednesday, November 17, 2010

Chef Wannabe

Baru la aku tahu, gelaran² sebegini tak boleh di salah guna...
Kadang² aku perati gak kat sudut Televisyen...contoh macam rancangan² masakan...betoi ke dorang yang host kan rancangan ni adalah benar² seorang chef??
Bak kata Chef terkenal iaitu Chef Wan,
"Sebagai seseorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia hospitaliti ini, saya tahu betapa susahnya untuk mendapatkan gelaran chef atau dipanggil chef. Ia adalah satu gelaran yang dianugerahkan kepada kita selepas bekerja dalam tempoh waktu yang lama dan melalui tahap-tahap yang telah ditetapkan."
"Seperti anggota tentera yang mempunyai gelaran mengikut pangkat mereka contohnya prebet, koperal, sarjan, leftenan, kapten sehinggalah bergelar panglima atau jeneral, begitu jugalah dengan chef ini. Terdapat peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh mereka seperti pembantu dapur, juru masak pangkat 3, 2 dan 1; chef demi, chef de parties dan beberapa lagi sebelum akhirnya boleh digelar chef, " Itu lah pendapat beliau dalam temuramah dengan Pemberita Kosmo baru² ni...
Cakap soal akedemik plak?beliau berkata tak semestinya orang tu ada segulung Diploma or Ijazah...boleh senang² hati bergelar chef...Itu baru cakap pasal akademik...macam mana pula dengan orang yang hanya berkelayakan SPM je??
Naahh...terjawab sudah kenyataan beliau...bahawasanya, bukan senang nak bergelar Chef dalam waktu² terdekat...tambah² pula orang² yang masih mentah menjayakan rancangan masakan or menjadi hos rancangan tersebut...
Bagi aku laa...tepuk dada tanye akal balik...logic tak seseorang itu senang² bergelar Chef?Ok la...aku agree...Chef Wannabe ler kot...ekekekeke....^^'
Kalau rasa tak puas hati tentang pendapat aku, boleh lah refer sini... mungkin ada kebenaran la kot...sian Chef Wan...ramai plak la Chef Wannabe tengah cuba nak expose on TV...^^'

4 comments:

Mario said...

aku tau makan je...ekeke

grOundnUt said...

@Mario : Aku pon sama, tau makan aje...aku nak belajar masak jugak...^^'

ghost said...

betul apa chef wan tue cakap..bukan mudah pakai gelaran chef.budak ada spm pon leh jadi chef lau dia melalui peringkat2 yg dah digariskan..ramai orang pandai masak tapi tak semestinya orang suka masakan tuh.

grOundnUt said...

@biskut : Betoi tu biskut..ape kata kita belajar wat biskut sempena raya aji ni...tp jgn panggil aku chef lagi...ekekekek...^^'